Teks : Siti Bid
3 May 2014 adalah tarikh keramat buat kami.. ianya adalah tarikh di mana saya melahirkan insan teristimewa ahli syurga anak kami Nur Husna. Hari ni (30 August 2014) setelah hampir 4 bulan melahirkan Nur Husna barulah pihak Pusat Kesihatan Ampang dapat bersua muka dengan saya. 2 3 kali nurse datang ke rumah utk buat lawatan dan siasatan kes kematian kelahiran pra-matang Nur Husna namun tak dapat jumpa kerana saya tiada di rumah. Diorang call saya tak perasan. Saya perasan ada missed call tapi saya ignore je lah...hehhehe. keciannn.
Sebelum ni nurse yang call dan datang ke rumah, tapi semlm Dr. sendiri yang call utk confirmkan appointment hari ni bagi membuat siasatan. Dr. tu sanggup datang ke klinik semata-mata utk berjumpa saya sbb kalau hari kerja saya susah nk jumpa. Almaklumlah saya kerja kan... hehehhe. Selagi tak dapat jumpa sendiri dgn saya face-to-face, pihak Pusat Kesihatan Ampang tidak boleh hantar report. Kes Nur Husna pending hampir 4 bulan. Sepatutnya report dh lama dihantar ke bahagian yg berkenaan tapi sbb diorang tiada maklumat maka report tu pending. Maklumat tu hanya boleh diperolehi dengan menyoalsiasat saya.
Hari ni baru saya tahu, kanak-kanak yang meninggal dibawah umur 5 tahun pihak kesihatan kena investigate dan hantar report ke bahagian berkenaan. Diorang investigate utk prevent supaya tidak berlaku kes2 sebegitu for future.
Selain itu juga, tujuan utama pihak kesihatan buat lawatan ke rumah adalah utk memantau tahap kesihatan ibu agar tidak berlakunya "gila meroyan" dan memastikan agar ibu betul2 sihat fizikal dan mental. Biasa la ibu yang kematian anak perasaannya agak terganggu. So pihak kesihatan terdekat akan membuat pemantauan.
So hari ni setelah disoalsiasat oleh pihak pusat kesihatan, maka settlelah sudah kesnya. Byk soalan yg diajukan dari start pregnant sampai la Nur Husna dilahirkan serta history anak2 yg lain dan tahap kesihatan ibu semasa hamil. Semasa sesi soalsiasat semua documents yg berkenaan dicheck dan diambil salinan.
Semoga anak mama dan abah bahagia di sana di samping penciptaNYA.. Semoga Allah merahmatiMU nak. Abah, Mama, Kakak Syirah & Abg Fuad semua merinduimu..
No comments:
Post a Comment