Teks : Siti Bid
Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas.
Antara fungsi air ialah:
- Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
- Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
- Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
- Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
- Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
- Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum?
Ada pendapat yang mengatakan lapan gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak 1 liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter.
Apakah kelebihan meminum air yang mencukupi?
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
- Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
- Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
- Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
- Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
- Minda yang ceria dan emosi stabil.
Apakah tanda-tanda badan kekurangan air?
Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus.
Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti
- kepenatan
- kekeringan di dalam mulut
- rasa sakit ketika kencing
- gejala sembelit
- sakit kepala
- pertambahan berat badan
- sakit otot
- ketidakstabilan emosi dan keletihan
Nota : Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu tiga hingga lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.
FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146
No comments:
Post a Comment