Saturday, May 17, 2014

Detik Terindah Bersama Si Comel Ahli Syurga Anak Kami Nur Husna

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.

N3 kali ini adalah tentang pengalaman saya mengandungkan insan teristimewa Nur Husna si comel ahli syurga anak kami yg ke-5. 

Hadirnya dalam hidup kami memang dinantikan. Percubaan pertama kami membuahkan hasil. Maka 'lekat'lah dia dlm rahim destinasi pertama selepas persenyawaan antara sperma dan ovum.

Hari yg sepatutnya datang period tapi tak datang. Makanya pada hari tu juga saya buat UPT. Result UPT adalah +ve ada 2 line. Seperti biasa saya mengalami pendarahan diawal kandungan. Minggu ke-5 1st check-up dgn peberet Gynea Dr. Suhaimi @ Hospital Pantai Ampang. Dr scan mcm biasa mmg ada spot menandakan saya memang mengandung dan pada masa yg sama terjumpa fibroid sebesar 3cm. Dr bgtau fibroid tak menganggu kandungan cuma akan terasa sakit. Disebabkan saya ni asal mengandung je bermasalah, so Dr bekalkan dgn Duphaston iaitu ubat hormon utk kuatkan rahim.

Next appointment adalah 2 minggu kemudian iaitu 13/01/2014. Kali ni saya decided utk mencari Gynea perempuan memandangkan kita dituntut utk mencari dr perempuan. Setelah survey beberapa gynea dibeberapa buah private hospital, maka dengan itu saya memilih KPJ Ampang Puteri iaitu under Dr Ariza.

Maka bermulalah sesi check-up dgn Dr Ariza. 1st check-up baby OK. Tapi saya mengadu yg saya ni selalu rasa penat/tak larat. But then Dr said that is normal because of pregnant pada usia ni. Masa ni umur saya 34 tahun. So saya akur dgn kata2 dr tu. Dr ada tanya ada ambil apa2 tak? So saya cakap ada ambik B-Complex with asid folic, Kalsium dan susu (ESP). All is Shaklee products. So dr said OK. Kalau mcm tu tak payah ambik ubat hospital just proceed je dgn suplemen tu. Itu dah memadai.

Next check-up is after 4 weeks later. Tiba masa check-up saya pergi mcm biasa. On that date Dr Ariza on leave but Dr Sharmina Gynea from Hospital Ampang yg mengantikan Dr Ariza. Saya suka sgt dengan cara Dr Sharmina attend patient. Sgt selesa dgn dia.. apa yg saya tanya dia jawab dgn explaination sgt clear dan memberi solution yg menyakinkan saya. Mcm biasa check-up akan scan baby. Baby OK. Heartbeat pun OK.

Memandangkan 3 kali jumpa Gynea baby OK, so saya decided utk buat monthly check-up kat Klinik Panel. Klinik yg menjadi pilihan saya adalah Pusat Perubatan Menara yg terletak di Level 26 Annexe 2  bersebelahan dgn Menara TM under Dr Yanti. 


1st check-up 19 Feb 2014 : (11 Weeks + 5/7) dgn Dr Yanti, dia ambik darah utk buat saringan penyakit termasuklah Hepatitis B dan HIV/AIDS, HB dll. Masa tu juga buat urine test. Result urine test (-ve). Berat 67kg. Memandangkan last check-up kat KPJ Ampang Puteri dah scan so Dr Yanti tak nak scan. Masa jumpa dgn Dr Yanti tu, saya ada mengadu yg saya ni selalu rasa penat/tak larat. Yg bestnya jawapan dr adalah sama iaitu maybe sbb U mengandung di usia ni mmg terasa penat tak sama dgn mengandung masa 20-an dulu. So saya terpaksa akur. So next appointment adalah after 4 weeks later.


2nd check-up 21 Mac 2014 : (16 Weeks) dgn Dr Yanti. Kali ni saya mengadu mengalami keputihan sampai gatal2. Pastu mengadu terasa mcm nak jatuh je isi perut. Nak jalan pun tak selesa. Pastu rasa penat/tak larat sangat. Dr said biasa la tu mengandung mmg terasa duk kat bawah. Pada hari tu juga dr review result blood test yg bulan lepas. HB agak rendah skit sbb tu la rasa penat/tak larat. 
  • Berat 67.5kg. 
  • Urine test (+ve) PV Candidiasis. 
  • Scan plak baby dlm keadaan sujud. Baby breech dan placenta previa. Dr agak terkejut masa scan. Sbb tu saya rasa nak jatuh je isi perut dan rasa baby kt bawah sangat sbb placenta previa.
  • Dr bekalkan Obimin, Candazole (utk masalah keputihan)

3rd check-up 24 April 2014 : Tak sempat check-up due to got problem happened on 22 April 2014.


22 April 2014 : Pergi Klinik Gomez sbb demam selsema but at the same time mengadu kat doc lately terasa mcm 'basah'. Dr said better U jumpa Gynea sbb mcm ada problem dgn saya punya pregnancy. So pada hari tu juga saya jumpa Gynea kat klinik yg sama. Tapi Gynea available pada 5.30pm - 7.30pm. Pada 6.30pm saya pergi balik kat Klinik Gomez utk jumpa Gynea. Doc scan tapi dia terkejut kerana pintu rahim dah buka dan kantung baby mcm belon dah berada di pintu rahim yg terbuka. Dr suruh pergi terus ke hospital sbb kes saya ni dh kritikal. Dr buat surat dan pergi direct ke hospital.. tak payah balik rumah. Sbb kalau balik takut jadi apa2 in between. So terus je pergi hospital dan register kat emergency department. Hospital yg menjadi pilihan saya adalah KPJ Ampang Puteri sbb kat situ dr perempuan iaitu Dr Ariza. Tanpa buang masa saya terus ke sana. 

Sampai je kat KPJ Ampang Puteri, saya jumpa dgn MO yg bertugas masa tu. So dr meneliti surat yg ditulis oleh Gynea dari Klinik Gomez tadi. MO call Dr Ariza. MO terangkan pada Dr Ariza tentang masalah saya ni. Dipendekkan cerita dia reject kes saya. Bagi dia kes saya ni kes keguguran yg tak boleh diselamatkan.. OK fine!!! But part yg saya tak boleh terima, Dr Ariza reject kes saya tanpa dia check dulu keadaan saya. OK tak pe.. saya beredar dari situ. 

Dalam perjalan saya masih lagi berfikir samada nk pergi Hospital Ampang atau nak pergi Hospital Pantai Ampang. Fikir punya fikir lastly saya decided utk pergi Hospital Pantai Ampang. Tak kisahlah dr lelaki sbb dh pergi kat dr perempuan tapi kena reject. So saya pasrah.. lagipun Dr Suhaimi adalah dr masa saya bersalinkan Fuad dulu. So saya pergi sana, Dr Suhaimi layan saya sebagai pesakit. Dia memang follow etika kedoktoran. Walau sekritikal mana pun keadaan, selagi dia mampu dia akan sedaya upaya utk selamatkan patient. Saya terharu sangat dgn layanan Dr Suhaimi. Dh ketentuanNYA saya dirawat di situ. Walaupn saya usaha utk dapatkan rawatan dari dr perempuan. Saya redha dgn ketentuan Allah. Janji saya dh usaha tapi Allah tak izinkan. 


22 April 2014 : Day 1 @ Delivery Suite Hospital Pantai Ampang.
Saya admit kat Hospital Pantai Ampang agak lewat mlm tu kerana sblm ke sana saya pergi ke KPJ Ampang Puteri dulu. Lepas balik dari sana baru saya pergi ke Hospital Pantai Ampang. Malam tu juga dr yg oncall kat emergency dept call Dr Suhaimi datang utk check keadaan saya. Dr Suhaimi check mmg betul apa yg dikatakan oleh Gynea kat Klinik Gomez. Pintu rahim/cervix dah buka 3cm dan membran kantung baby dah berada kat pintu rahim yg terbuka. 

Dr arahkan supaya saya complete bed rest kt Delivery Suite. Tido pun kena tido dlm posisi punggung lebih tinggi dari kepala utk elakkan graviti. Mlm tu juga Dr kasi antibiotik thru IV Drip dan ubat utk stopkan contraction supaya pintu rahim tertutup semula.


23 April 2014 : Day 2 @ Delivery Suite Hospital Pantai Ampang.
Pagi masih berada di Delivery Suite. Pagi tu Dr. Suhaimi mcm biasa buat visit. Memandangkan saya nampak OK dan masih ‘bertahan’ so Dr pindahkan ke Ward Bersalin pada petangnya. Saya masih lagi kena bed rest dan tido dalam posisi yg sama. Cuma Dr benarkan saya pergi ke toilet utk keselesaan saya. Saya hanya pergi ke toilet sekiranya benar2 nak membuang. Kalau nak mandi saya akan tunggu hubby utk mandikan. Semuanya kena fully assist. Air ketuban keluar ON OFF. Biasanya waktu pagi banyak keluar masa pergi ke toilet. Masa tidur atau baring atas katil biasanya tak keluar sbb posisi baring bontot lagi tinggi dari kepala tu yg air ketuban tak keluar. Dr Suhaimi mcm biasa akan buat visit 2 kali sehari iaitu pagi dan petang atau malam. Boleh dikatakan setiap hari Dr Suhaimi akan buat scan utk tengok keadaan baby. Alhamdulillah baby aktif dan heartbeat dlm keadaan baik walaupn separuh kaki dh terjulur berada pada pintu rahim yg terbuka."Anak mama kuat semangat".


24 April 2014 : Day 3 @ Ward Bersalin Hospital Pantai Ampang.
Mcm biasa Dr buat visit 2 time daily. Scan baby mcm biasa. Yang menjadi masalah sekarang adalah air ketuban leaking. Makin hari air ketuban makin surut. Yg dr paling takut ialah infection pada ibu dan baby. Everyday nurse pantau suhu badan agar tidak demam. Everyday juga antibiotik diberikan utk avoid jangkitan.


25 April 2014 : Day 4 @ Ward Bersalin Hospital Pantai Ampang.
Masih tiada perubahan.. masih mengharapkan keajaiban dari Allah agar kami selamat.


26 April 2014 : Day 5 Day 4 @ Ward Bersalin Hospital Pantai Ampang.
Pagi ni Dr Suhaimi check mcm biasa. Keadaan masih sama mcm yg sebelumnya. Cuma agak terkejut bila dr tanya "U ada ambik fish oil tak?" Memandangkan I ni 3-4 hari asyik tido je kat ward jadi blurrr. So I said no. I just take multivitamin, b-comp, kalsium (all produk Shaklee). Tetiba teringat Omega Guard Shaklee.. So I said again.. Owhhh! Fish oil I tak ambik, I ambik Omega Guard. Dr said, owhh! Ok2. U proceed with Omega better. Omega penting!! 

I lupa Omega Guard adalah minyak ikan aka fish oil.. Bila Dr dh keluar baru terpikir betapa pentingnya Omega disamping suplemen2 yg lain.

Suplemen Shaklee yg saya ambil semasa hamil + ESP


27 April 2014 : Day 6 @ Ward Bersalin Hospital Pantai Ampang.
Masih tiada perubahan.. masih mengharapkan keajaiban dari Allah agar kami selamat. Memandangkan saya boleh ke toilet maka saya nekad untuk solat. Sebelum tu saya hanya baca al-Quran sahaja sambil baring. Surah yg saya selalu baca adalah Surah Yasin dan al-Waqiah. Oleh kerana saya dh boleh solat maka saya buat solat hajat selepas solat maghrib memanjat doa kehadratNYA agar kami selamat terutamanya baby.


28 April 2014 : Day 7 @ Ward Bersalin Hospital Pantai Ampang.
Paginya mcm biasa pergi toilet, membuang dan ambik wuduk utk solat subuh. Lepas solat wirid mcm biasa dan baca al-Quran dan tidur semula sementara menunggu Dr datang visit. Dalam pukul 9.30am terasa nk membuang air besar sbb semlm start mkn ubat utk lawas membuang air besar. Makanya pergi ke toilet utk membuang, masa tu juga keluar darah meleleh sampai menitik ke lantai toilet. 

Terus tekan bell utk call nurse. Kebetulan masa tu Dr Suhaimi ada utk buat visit sesi pagi. Dr arahkan supaya pindah ke Delivery Suite. Dr check ‘jalan’. Based on Dr check darah tu adalah ‘show’ darah di mana menandakan darah nk bersalin. Menunjukkan bukaan pintu rahim makin membesar. Saya direhatkan sehingga esoknya. Keadaan masih lagi bertahan. 

Malam tu juga saya tak boleh tidur memikirkan nasib baby. Sblm ni Dr Suhaimi selalu remind akan risiko yg bakal berlalu terhadap baby dan ibu serta chances baby sekiranya lahir. Dr Suhaimi sebolehnya cuba sedaya upaya utk keep baby. Sekiranya baby keluar di saat ini makan chances tu amat tipis memandangkan usia kandungan 21 week. Mustahil utk baby servive bila dilahirkan. Lagipun kat private hospital kosnya amat tinggi utk baby prem. Boleh cecah 200K ke atas. Tu pun tak semua private hospital ada facilities utk baby prem kecuali gomen hospital. Tu pun kena booking terlebih dahulu.


29 April 2014 : Day 8 @ Delivery Suite Hospital Pantai Ampang.
Keadaan masih lagi bertahan dan darah dh stop keluar. Masih mengharapkan keajaiban dari Allah agar kami selamat.

Pagi tu cerita kat kakak midwife utk pindah ke gomen hospital memandangkan baby memang dh nak keluar. Kalau stay kat sini mcm tak de peluang memandangkan facilities tk de utk baby prem. So saya nekad utk pindah ke gomen hospital. Kakak tu beri dorongan agar buat yg terbaik. Mana tau dgn tukar hospital chances utk baby tu tinggi.

Tiba masa Dr Suhaimi datang visit. Mcm biasa scan baby. Kali ni kaki baby terjulur sampai ke lutut. Keadaan baby mcm tersepit sbb air ketuban dh semakin surut. Masa tu juga saya suarakan utk pindah hospital. Dr Suhaimi terkedu seketika. Dia pun pening dgn masalah saya. Dia cuba buat yg terbaik. Actually dia dh fikir kes saya ni. Kalau dia nk transfer kes saya ke hospital gomen possible utk diorg reject adalah besar. So, the best way adalah dia discharge dan saya sendiri yg walk-in ke hospital gomen dgn menunjukkan surat dari Dr Suhaimi. Dgn cara tu, hospital gomen terpaksa terima sbb saya sendiri yg walk-in ke sana. So tiada alasan utk hospital gomen reject kes saya. Dr Suhaimi akan discharge saya esoknya.

Memandangkan darah dh stop maka saya dipindahkan semula ke Ward Bersalin. Kali ni terpaksa ditempatkan di Single Bed memandangkan Double Bed dh penuh. Ok la.. ni bukan kali pertama saya ditempatkan di Single Bed. Dh selalu dapat Single Bed. Almaklumlah regular patient. Mostly Dr and nurse kat sana mmg dh kenal kitorg. Selalu sgt warded kat situ. Dah mcm rumah ke-2 kitorg. Dari anak, mak dan bapak semuanya admitted kat situ. Kalau dihitung tak tahu la berapa puluh K bill kami kat situ. Tapi tak pe bukan kami bayar, TM yg bayarkan. Hehhehe.


30 April 2014 : Day 9 @ Ward Bersalin Hospital Pantai Ampang.
Dr Suhaimi visit mcm biasa. Dia bagi kata2 semangat dan kemungkinan yg bakal saya hadapi di sana. Terharu sangat dgn layanan Dr Suhaimi. Dia sangat concern dgn keadaan saya dan baby. Sebelum dia beredar, dia sempat bertanya pada saya... "U dh bersedia mental dgn kemungkinan yg bakal berlaku??" Saya jawab dgn tenang. "In Shaa Allah saya bersedia". Dr Suhaimi dh tahu apa yg bakal berlaku kat sana nanti. Dia risaukan saya takut tak boleh nak terima hakikat yg baby saya akan 'pergi' buat selamanya. Saya masih tenang kerana saya mengharapkan Allah dapat selamatkan kami. Dr Suhaimi sempat berpesan agar next pregnancy cepat2 jumpa dgn dia. Dia akan pantau saya closely agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Dr Suhaimi beredar dari bilik saya utk prepare surat dan discharge procedure. Hati dh tak sabar nk pindah ke Hospital Ampang. Sebagai Ibu sebolehnya mahu selamatkan baby yg dikandung walau dlm apa jua keadaan sekalipun. Semahunya nakkan baby selamat. Berasa lega sbb dapat pindah ke Hospital Gomen dgn harapan baby boleh diselamatkan dgn izin Allah.

Pukul 5.30PM discharged from Hospital Pantai Ampang then terus ke Hospital Ampang tanpa lengah2 lagi sbb baby boleh keluar bila2 masa sahaja. 


30 April 2014 : Day 1 @ HDU Hospital Ampang.
Sampai di sana dlm pukul 7.00PM. Pergi kat PAC dan tunjuk surat kat kaunter. Kemudian suami isi borang dan dr panggil utk check-up. Kebetulan masa tu MO dan Gynea ada bersama. Diorg check bukaan servik fully dan kantung berada dekat dgn faraj. Kaki baby sampai lutut dh berada di saluran vagina. Dr cakap kalau servik tak fully open ok la ada peluang nk tolak kantung baby masuk dan jahit tapi memandangkan servix dan fully open so dh tk boleh buat apa2. Kalau batuk pun baby boleh terkeluar. Paling lama boleh bertahan 2-3 hari. Lepas tu baby akan keluar (bersalin). Chances baby servive hanyalah 1%. Tu pun amat tipis. Namun saya masih mengharapkan pada Allah. Segalanya tak mustahil dengan izinNYA.

Lepas check terus buat line then terus di hantar ke HDU (High Dependency Unit) and complete bed rest. Tak leh ke mana2. Nk kencing ke apa ke semua atas katil. Mmg straightly tk blh ke mana2. Baring je atas katil. Fully assist by nurse. Memandangkan itu adalah Hospital gomen maka tak sampai hati saya nk mengada2 mcm kat private hospital. Kecian sangat tengok diorg tak menang tangan kat ward bersalin tu. Ada je yg bersalin. Ada satu mlm tu serentak bersalin sampai 5 org. Nurse yg ada hanya berapa kerat je. Kecian sgt kat diorg. 


01 May 2014 : Day 2 @ HDU Hospital Ampang.
Masih direhatkan di HDU. Kat sini lain sikit berbeza dgn private hospital. Agak straight compare to private hospital. Kena follow schedule. Pagi2 kena tukar baju dan lap badan. Pastu Dr visit ikut shift. Kalau kat private hanya sorang dr yg akan attend kita. Tapi kat gomen bertukar2 dr based on shift. Sekali visit penuh katil dikelilingi dgn dr2. Rasanya dr pelatih kot…huhuuh

Dr start antibiotik utk avoid infection memandangkan risiko utk dapat infection adalah tinggi sbb air ketuban bocor. Hari tu juga Dr Pakar Ranjit buat scan kt Klinik O&G. Sekali lagi terasa perbezaan antara private hospital dan gomen hospital. Kalau private hospital, scan dibuat di ward. Tapi di gomen hospital scan dilakukan di klinik. So terpaksalah nurse tolak guna wheelchair ke klinik. 

Kat klinik Dr Ranjit dan assistant dia buat scan dan check jalan. Air ketuban memang ketara surut dan air ketuban leaking banyak. Lepas buat scan dan check jalan Dr panggil utk discuss. Banyak soalan yg dia tanya. Termasuklah keadaan masa bersalinkan Fuad Rayyan dgn Dr Suhaimi. Ini penting kerana masa bersalinkan Fuad saya caesar. Dr Ranjit nakkan surat laporan semasa bersalinkan Fuad. Dia takut terdapat sebarang masalah berlaku semasa induce nanti. 

Dr juga bgtau risiko2 yg bakal dihadapi. So saya berserah pada dr apa yg perlu dibuat yg terbaik utk kami. Yg jelas adalah peluang baby mmg tiada dan dr try to selamatkan ibu. Saya terpaksa akur kerana itu semua adalah ketentuanNYA. I try my best but Allah yg menentukan segalanya. Lepas discuss saya ditolak naik ke ward. Rehat kat ward mcm biasa. Saya call suami dgn segera. Suami segera dapatkan surat tersebut. Dapat je surat laporan tu suami terus kasi kat saya dan pass kat Dr Ranjit. Kat ward dr ambik darah utk check darah. 


02 May 2014 : Day 3 @ HDU Hospital Ampang.
Rutin harian mcm biasa Dr Ranjit and the geng buat visit. Dia bagtau result darah semalam menunjukkan sel darah putih bertambah menandakan badan tengah melawan jangkitan dan dlm masa yg sama menunjukkan terdapatnya jangkitan. Huuhuhu…

Petangnya sekali lagi Dr Ranjit and the geng buat visit. Kali ni agak lain kerana Head of O&G pun ada sama. Kali ni dia sendiri yg check. Dia check suhu badan. Kali ni dia tak guna stetoskop tapi dia guna tangan. Dan check nadi kt tangan. Lepas tu check degupan jantung. He said nadi makin slow dan terdapat demam. Masa tu juga dia buat keputusan utk induce. Masa tu saya masih heppi kerana saya menyangka baby masih boleh diselamatkan. Harapan saya adalah baby boleh bertahan bila masuk dlm incubator. Masa tu juga dr minta utk call suami datang.

Petang tu sblm maghrib nurse masukkan ubat thru drip. Masa tu jugalah saya start demam tinggi. Saya terpaksa telan 2 tablet of pcm utk redakan demam yg tinggi. Sakit bersalin pada awalnya tak terasa, sejam lepas tu baru la contraction bermula. Sakit makin terasa. Alhamdulillah suami ada di sisi. Dialah yg membantu melayan kerenah saya. Sehinggalah saat2 bersalin tiba. Air ketuban pecah dan tak lama kemudian baby pun keluar hanya dgn beberapa kali push sahaja. Mulanya nurse agak panik sbb baby keluar songsang tapi Allah permudahkan segalanya.

Maka lahirlah si comel ahli syurga anak kami NUR HUSNA BINTI SITI BIDAH ke dunia yg fana ini. Air mata mula laju menuruni kelopak mata saya. Memandangkan suami melihat saya tak boleh kawal emosi, dia pura2 kuat. Dia tak menangis masa tu. Dia berlagak tenang walhal dlm hati Allah jua yg tahu betapa luluhnya hati seorg bapa melihat anak yg bakal kembali pada Sang Penciptanya. Saya menangis semahunya.

Nur Husna : 
Masa Kelahiran 12:12am 
Tarikh 03/05/2014 
Berat 520g 
Panjang 29cm
Ukur lilit kepala 19cm
Usia kandungan 22 minggu

Masih jelas diingatan nurse meletakkan baby didada. Saya memangkunya sambil menangis kerana saya sedar yg baby tk akan servive dgn keadaanya yg masih kecil dan paru2 dan otak yg masih belum matang. Baby keluar tak menangis, tapi dia buka mulut dan bila disentuh dia akan bergerak-gerak. Part yg saya tak boleh tahan adalah melihat baby buka mulut. Biasanya baby lahir akan buka mulut utk mencari susu ibunya. Saya sempat pangku baby didada dlm masa 10-15 minit sahaja. Kemudia nurse bawa pergi utk timbang serta ukur dan diletakkan ditempatnya.

Sejam kemudian saya dikhabarkan oleh pihak forensik yang baby dh meninggal dan akan diletakkan dibilik forensik/bilik mayat. Start dari tu mmg air mata ni laju je mengalir tanpa henti. Pukul 3 pagi suami balik rumah kerana risaukan kakak dan adik.

Pukul 4.00AM saya dipindahkan ke ward 6A. Saya tak boleh tidur asyik nangis. Tidur pun sekejap je. 


03 May 2014 : Day 4 @ Ward 6A Hospital Ampang.
Paginya bangun cuci badan dan tukar pakaian. Air mata masih mengalir laju. Pagi tu tak berselera utk sarapan. Just minum kopi serta jamah mee sup hanya 2 sudu utk alas perut kerana mlm tadi kepenatan. 

Pukul 9.00AM Gynea buat visit. Dia tahu saya sedih kerana kehilangan baby tersayang. Dia faham perasaan saya. Dia bagi kata2 semangat. Dia siap offer saya kalau nk balik awal boleh balik, urusan hospital nanti datang balik selepas semua urusan jenazah baby selesai. Tu pun hanya suami je yg datang, saya just rehat kat rumah. Pada mulanya saya fikir suami je yg uruskan jenazah baby memandangkan saya masih lemah. Petang baru saya keluar ward. Memandangkan urusan baby kena buat cepat dan suami tgh uruskan. So mcm tak sempat nk ambik saya kat ward.

Allah Maha Pemurah. DIA permudahkan segalanya. Tiba2 saya buat keputusan nk ikut semua urusan jenazah baby. Saya call suami, kebetulan dia masih menunggu baby kt bilik mayat. Pada masa tu forensik yg bertugas tiada. Kena call dulu baru datang. So sementara tunggu forensik datang saya minta suami utk datang ambik kat ward. Kami sama2 pergi ke bilik mayat dan ambil baby. Sayu dan sebak hati ni melihat baby yg terbujur kaku. Baby comel sangat. Putih. Suami cakap iras muka baby mirip saya. Kami menangis semahunya. Masa lahir baby warna coklat kemerahan kerana darah masih mengalir. Tapi bila dh tiada baby bertukar warna putih kerana darah dh stop mengalir. Comel sangat. Saya amati seluruh tubuh baby. Bila cium terasa dingin. Allahu Akbar!!

Selepas beredar dari bilik mayat, kami terus menuju ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk urusan mandi, kafan, solat dan kebumi oleh pihak masjid. Alhamdulillah urusan berjalan lancar. Memang terasa ALLAH permudahkan urusan kami. Jenazah baby disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang. Urusan selesai dlm pukul 2.30PM. 

“Damailah dikau di 'sana' wahai anak mama dan abah Nur Husna. Kami redha dengan pemergianmu sayang”

“Dapat meminjamkan rahim buat si comel ahli syurga adalah satu rahmat dariNYA walaupun hanya untuk seketika”

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul”. Semoga Allah teguhkan iman kami dan tabah menghadapi ujian yg hebat ini.

Jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Bandar Baru Ampang, keluarga terdekat dan sahabat handai yg terlibat dlm pengurusan jenazah baby kami.

Buat semua yg mendoakan jutaan terima kasih buat kalian. Hanya Allah yg dpt membalasnya.



Hadis riwayat Abu Hassan RA ia berkata: 

"Saya mengatakan kepada Abu Hurairah, bahawa dua orang anakku telah meninggal dunia. Adakah berita (hadith) Rasulullah SAW yang dapat engkau sampaikan kepadaku yang dapat menyenangkan hati kami berkenaan dengan anak kami yang meninggal itu? 

Abu Hurairah menjawab: Ada! Anak-anak kecil (yang meninggal) menjadi kanak-kanak syurga, ditemuinya kedua ibu bapaknya, lalu dipegangnya pakaian ibu bapaknya - sebagaimana saya memegang tepi pakaian ini – dan tidak berhenti (memegang pakaian) sampai Allah memasukkannya dan kedua ibu bapaknya kedalam syurga." 
(Hadith Sahih Riwayat Muslim : 2635-1524) 

Anak ini InsyaAllah menjadi penghuni syurga. Oleh itu bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa dalam hidup kita. Ganjaran sebenar bagi kita adalah di sisiNYA.


Makin hari makin rindu. Perginya tak kembali! Hari2 dilalui dgn penuh jerih. Terutamanya bila melihat susu meleleh keluar menandakan baby dahaga susu. Sebak dan sayu hati ini. Kuatkan semangatku YA ALLAH. Teguhkan imanku YA ALLAH..

3 comments:

  1. Dapat meminjamkan rahim buat si comel ahli syurga adalah satu rahmat dariNYA walaupun hanya untuk seketika.

    Selamat melahirkan Nur Husna pada 12.12am 03/05/2014 pada usia kandungan 22 minggu. Namun umurnya tak panjang, dia kembali pada Sang Penciptanya. Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  2. Mengalir airmata sy membaca coretan puan....

    ReplyDelete
  3. Kes akk sama dengn sy... mengalir air mata ini teringat 2 anak syurga..

    ReplyDelete