Teks : Siti Bid
N3 kali ini adalah perkongsian informasi tentang Jahit Pangkal Rahim (Cervical Cerclage) bagi mereka yang mengalami masalah dengan pangkal rahim. Kenapa saya tiba2 share info pasal ni kerana saya juga mengalami masalah pangkal rahim semasa mengandung.
N3 kali ini adalah perkongsian informasi tentang Jahit Pangkal Rahim (Cervical Cerclage) bagi mereka yang mengalami masalah dengan pangkal rahim. Kenapa saya tiba2 share info pasal ni kerana saya juga mengalami masalah pangkal rahim semasa mengandung.
My previous pregnancy saya mengalami masalah pangkal rahim. Nasib saya tidak baik kerana saya mengetahuinya setelah pintu rahim terbuka ditahap yg tidak boleh dijahit lagi. Akhirnya saya bersalin baby pramatang pada usia kandungan 22 minggu. Baby tak mampu utk servive diusia 22 minggu dan akhirnya kembali ke Rahmatullah. Untuk next pregnancy doc nasihatkan agar membuat jahitan pangkal rahim utk safe baby.
Jahit Pangkal Rahim adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahiran pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.
Masa terbaik untuk melakukan cervical cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu.
Siapa Memerlukan Cervical Cerclage?
Cervical Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.
- Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
- Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.
- Keguguran pada penggal ketiga kandungan.
Prosedur Cervical Cerclage
Apa Yang Berlaku Semasa Prosedur?
- Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.
- Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.
- Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.
- Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.
- Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.
- Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat.
Apa Yang Berlaku Selepas Prosedur?
- Anda perlu berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau tanda-tanda kelahiran pramatang.
- Anda akan diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang.
- Anda akan mengalami sedikit pendarahan dan kekejangan sejurus selepas prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari.
- Anda dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak beberapa hari selepas prosedur.
- Jangan melakukan persetubuhan selepas prosedur.
- Jahitan biasanya akan dikeluarkan pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan.
- Kelahiran akan berlaku sejurus selepas itu.
Tanda2 Berjaga-jaga;
Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila dapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Tanda-tanda ini menunjukkan cervical cerclage tidak berhasil dan bayi perlu dilahirkan lebih awal.
- Sakit dibahagian perut yang datang dan pergi.
- Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul.
- Demam.
- Loya atau muntah.
- Air ketuban pecah.
Apakah Risiko Menjalani Cervical Cerclage?
Jahit Pangkal Rahim boleh dikaitkan dengan masalah berikut yang mungkin memerlukan bayi dilahirkan lebih awal.
- Jangkitan sibahagian dalam serviks dan air ketuban.
- Stenosis serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya)
- Kecederaan serviks yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus.
- Air ketuban pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan.
FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146
No comments:
Post a Comment