Teks : Siti Bid
Tahukah anda tentang Masalah Keputihan?
Keputihan adalah cairan yang keluar dari vagina. Terdapat 2 jenis Keputihan iaitu normal dan abnormal yang merupakan penyakit.
Keputihan Normal :
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah jernih, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Keputihan Abnormal :
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan kelihatan berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Apakah punca berlakunya Keputihan Abnormal?
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. Antaranya adalah;
- Terlalu penat.
- Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
- Jangkitan.
Anda mengalami simptom seperti berikut?
- Rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj.
- Kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan).
- Pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi.
- Mengalami rasa sakit semasa hubungan seks.
- Sakit masa buang air kecil.
Apa perlu anda buat jika mengalami Keputihan?
- Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
- Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
- Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.
- Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Atasi masalah Keputihan sebelum terlambat. Jangan menunggu parah baru nak berubat!
Tahukah anda Keputihan boleh berjangkit kepada pasangan anda. Info lanjut
Cara mengatasi masalah Keputihan
- Ambil makanan seimbang, yang rendah gula.
- Menjaga kesihatan – tidur yang cukup, bersenam, elakkan tekanan emosi.
- Menjaga kebersihan secara teratur – kebersihan vagina, memakai pakaian dalam yang bersih dan dari jenis cotton dan kerap mengganti tuala pakai buang.
Bagi yang ingin mencuba produk semulajadi dari Shaklee untuk mengatasi masalah Keputihan, saya cadangkan pengambilan Garlic + Alfalfa Complex + GLA Complex.
Suplemen Keputihan Shaklee
FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146
No comments:
Post a Comment