Teks : Siti Bid
Tahukah anda? Dengan tidak mengabaikan sarapan kita boleh kurus.
Tahukah anda? Dengan tidak mengabaikan sarapan kita boleh kurus.
Ramai di antara kita apabila ingin kuruskan badan suka mengamalkan sikap tidak makan ketika sarapan. Namun, tanpa anda sedar sikap suka mengabaikan sarapan sebenarnya hanya akan menggemukkan anda kerana anda akan makan banyak ketika makan tengah hari atau ketika makan malam.
Sebenarnya, makan sarapan adalah antara perkara yang boleh bantu anda untuk kuruskan badan. Ini kerana ketika anda makan sarapan, kadar metabolisma badan anda akan meningkat pada awal pagi dan anda akan rasa lebih bertenaga sepanjang hari.
Sebenarnya, makan sarapan adalah antara perkara yang boleh bantu anda untuk kuruskan badan. Ini kerana ketika anda makan sarapan, kadar metabolisma badan anda akan meningkat pada awal pagi dan anda akan rasa lebih bertenaga sepanjang hari.
Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi adalah :
- Memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
- Kurangkan berat badan.
Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
- Tingkatkan daya tumpuan.
Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
- Cegah sakit jantung.
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.
TIPS sarapan bagi yg sering mengelak untuk bersarapan pagi.
- Ambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalsium. Hidangan seperti bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi.
- Jika anda seorang yang sibuk, sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan pagi sebelum melangkah ke pejabat.
- Hidangan telur juga baik sebagai sajian pagi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan.
- Jika anda kurang berasa lapar pada pagi hari, cuba untuk tidak makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Keesokan pagi, anda pasti berasa lapar.
Jom sama2 kita menuju ke arah gaya hidup sihat.. hehheheh.
FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146
No comments:
Post a Comment