Teks : SIti Bid
Bahayakah Kolestrol?
Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung.
Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Simptom/Gejala Kolestrol Tinggi
- Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu.
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.
- Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.
- Sesemut
Kadang-kadang sesemut juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.
- Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.
- Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.
- Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.
- Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.
NOTA :
Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.
Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.
- Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.
- Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.
- Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.
Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya
Kepada anda yang tercari2 suplemen untuk masalah kolestrol tinggi boleh cuba ikhtiar ambil Set Penurunan Kolestrol Tinggi Shaklee.
Kepada anda yang tercari2 suplemen untuk masalah kolestrol tinggi boleh cuba ikhtiar ambil Set Penurunan Kolestrol Tinggi Shaklee.
FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146
No comments:
Post a Comment