Sunday, August 24, 2014

Cara Pengambilan Air Yang Betul

Teks : Siti Bid

Tahukah anda cara pengambilan air yang betul setiap hari?

Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.

Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. 

Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka  perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. 

Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.

Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walauzpun berada di aras yang tinggi.

Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya  air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah. Sila rujuk carta di bawah.

Makna disebalik warna air kencing 

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

No comments:

Post a Comment