Saturday, August 30, 2014

Kes Nur Husna Berjaya Diambil Keterangan Oleh Pihak Pusat Kesihatan Ampang

Teks : Siti Bid

3 May 2014 adalah tarikh keramat buat kami.. ianya adalah tarikh di mana saya melahirkan insan teristimewa ahli syurga anak kami Nur Husna. Hari ni (30 August 2014) setelah hampir 4 bulan melahirkan Nur Husna barulah pihak Pusat Kesihatan Ampang dapat bersua muka dengan saya. 2 3 kali nurse datang ke rumah utk buat lawatan dan siasatan kes kematian kelahiran pra-matang Nur Husna namun tak dapat jumpa kerana saya tiada di rumah. Diorang call saya tak perasan. Saya perasan ada missed call tapi saya ignore je lah...hehhehe. keciannn.

Sebelum ni nurse yang call dan datang ke rumah, tapi semlm Dr. sendiri yang call utk confirmkan appointment hari ni bagi membuat siasatan. Dr. tu sanggup datang ke klinik semata-mata utk berjumpa saya sbb kalau hari kerja saya susah nk jumpa. Almaklumlah saya kerja kan... hehehhe. Selagi tak dapat jumpa sendiri dgn saya face-to-face, pihak  Pusat Kesihatan Ampang tidak boleh hantar report. Kes Nur Husna pending hampir 4 bulan. Sepatutnya report dh lama dihantar ke bahagian yg berkenaan tapi sbb diorang tiada maklumat maka report tu pending. Maklumat tu hanya boleh diperolehi dengan menyoalsiasat saya.

Hari ni baru saya tahu, kanak-kanak yang meninggal dibawah umur 5 tahun pihak kesihatan kena investigate dan hantar report ke bahagian berkenaan. Diorang investigate utk prevent supaya tidak berlaku kes2 sebegitu for future. 

Selain itu juga, tujuan utama pihak kesihatan buat lawatan ke rumah adalah utk memantau tahap kesihatan ibu agar tidak berlakunya "gila meroyan" dan memastikan agar ibu betul2 sihat fizikal dan mental. Biasa la ibu yang kematian anak perasaannya agak terganggu. So pihak kesihatan terdekat akan membuat pemantauan.

So hari ni setelah disoalsiasat oleh pihak pusat kesihatan, maka settlelah sudah kesnya. Byk soalan yg diajukan dari start pregnant sampai la Nur Husna dilahirkan serta history anak2 yg lain dan tahap kesihatan ibu semasa hamil. Semasa sesi soalsiasat semua documents yg berkenaan dicheck dan diambil salinan.

Semoga anak mama dan abah bahagia di sana di samping penciptaNYA.. Semoga Allah merahmatiMU nak. Abah, Mama, Kakak Syirah & Abg Fuad semua merinduimu.. 

Sunday, August 24, 2014

Cara Pengambilan Air Yang Betul

Teks : Siti Bid

Tahukah anda cara pengambilan air yang betul setiap hari?

Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.

Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. 

Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka  perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. 

Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.

Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walauzpun berada di aras yang tinggi.

Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya  air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah. Sila rujuk carta di bawah.

Makna disebalik warna air kencing 

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Friday, August 22, 2014

TIP Minum Air Di Pejabat

Teks : Siti Bid

Inilah rupa workstation saya kat opis.
Ada byk botol air kan..?

Hari ni saya terpanggil untuk share tip minum air di pejabat. Saya percaya ramai yang susah nak minum air. Even saya sendiri jenis yang tak suka minum air. Memandangkan atas kesedaran bahawa minum air yang secukupnya adalah sangat penting maka saya paksa diri untuk minum air secukupnya.

Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:
  1. Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di  dalam sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di dalam jangka waktu bekerja.
  2. Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana  Hal ini memotivasikan dan menyenangkan  anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.
  3. Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja di luar pejabat.
  4. Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.
Semudah A B C kan...? hhehehhe... jom kita amalkan.. :)

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Sunday, August 17, 2014

Kenapa Badan Kita Memerlukan Air?

Teks : Siti Bid

Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.

Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. 

Antara fungsi air ialah: 
  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? 

Ada pendapat yang mengatakan lapan gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:

Sebanyak 1 liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.

Contohnya katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah: 

25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter.

Apakah kelebihan meminum air yang mencukupi?

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.

Apakah tanda-tanda badan kekurangan air?

Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus. 

Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti 
  • kepenatan
  • kekeringan di dalam mulut
  • rasa sakit ketika kencing
  • gejala sembelit
  • sakit kepala
  • pertambahan berat badan
  • sakit otot
  • ketidakstabilan emosi dan keletihan
Nota : Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu tiga hingga lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Thursday, August 14, 2014

Healing Crisis dan Cara Mengatasinya

Teks : Siti Bid

Tahukah anda tentang Healing Crisis? Kenapa ianya terjadi?

Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan adalah keadaan di mana ianya berlaku apabila kita mengambil suplemen yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk bergantung pada tahap kesihatan seseorang itu.

Ini adalah tindakbalas biasa oleh badan kita dalam proses mengeluarkan toksin.

Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat, di mana bila kita makan ubat kita akan rasa selesa dan tidak rasa sakit?

Jawapannya mudah! 
Jom kita lihat perumpamaan ini : Kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita perbaiki kereta yang calar atau kemek dengan mengikis keluar cat yang rosak dan mengetuk bahagian yang kemek serta mengecat kembali supaya ianya nampak cantik luar dan dalam. Semasa proses membaiki memang kereta nampak teruk kerana ia melibatkan banyak proses tapi bila dah siap ianya akan jadi cantik kembali bebas dari kerosakan. 

Begitu juga dgn tubuh kita apabila bertindakbalas dengan suplemen yang kita ambil. Untuk ‘memperbaiki’ sel dan sistem tubuh kita, semua yang rosak kena dikeluarkan dulu. Badan kita mungkin akan mengalami healing crisis seperti :
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu dll
Sekiranya anda mengalami simptom2 tersebut janganlah panik, anda boleh atasinya dengan :
  1. Minum air yang secukupnya (air masak/air kosong)
  2. Berehat dan bertenang
  3. Bersabar
  4. Berdoa agar dipermudahkan usaha anda untuk sihat
Biasanya healing crisis tidak lama.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula ‘memperbaiki’nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!

Insyaa Allah :)

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146