Friday, June 27, 2014

Teruskan Puasa Dengan Shaklee!

Teks : Siti Bid

Kita bakal menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Bila sebut je puasa mesti akan ada isu gastrik. Sempena menyambut bulan puasa yg bakal menjelma, rata2 orang tercari-cari solution untuk mengatasi masalah gastrik utk menunaikan ibadat puasa. Ibadat puasa merupakan rukun islam yg ke-3. Kita sebagai umat islam dituntut utk menunaikan ibadat puasa. 

Hari ni saya nk bercerita tentang gastrik dan cara mengatasi gastrik untuk meneruskan seharian berpuasa. 

Apakah Gastrik?

Gastrik dalam istilah perubatan dipanggil Gastritis. Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat dan dalam jangka masa panjang.

Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. 

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. 

Anda mengalami simptom-simptom seperti berikut? Jika YA itu menunjukkan anda mengalami masalah GASTRIK!
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali atau kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun

Atasi Masalah Gastrik Anda Dengan Shaklee!

Set Gastrik Shaklee

1. Energizing Soy Protein 
  • ESP merupakan sumber protein  yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan asid di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

2. Ostematrix
  • Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3. Peppermint Ginger Plus
  • Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

Pengalaman saya sendiri, masa pregnant saya tak tahan lapar.. lambat je mkn mesti rasa gemuruh nk pitam. Saya cuba amalkan ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus serta suplemen utk ibu hamil, Alhamdulillah sangat2 membantu. 

Begitu juga dengan mak dan ayah saya ada masalah gastrik. saya bekalkan mak dan ayah saya minum ESP & Ostematrix masa bulan puasa, Alhamdulillah boleh teruskan puasa mcm biasa. Cubalah demi utk menunaikan ibadat puasa yg bakal menjelma. In Syaa Allah dapat membantu mengatasi masalah gastrik!

Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Tuesday, June 24, 2014

Cinch® Energy Tea Mix

Teks : Siti Bid

Hari ni saya nak share tentang Cinch® Energy Tea Mix. Kenapa saya sangat teruja mencuba Cinch® Energy Tea Mix? Sehinggakan lupa nak snap pic dulu sblm minum. Dh tinggal separuh baru teringat nk snap pic.. excited punya pasal! hehhehe..

Antara sebab kenapa saya excited mencuba Cinch® Energy Tea Mix ini adalah kerana tergoda dengan kebaikannya. Jom kita baca tentang Cinch® Energy Tea Mix ;)

Apakah Cinch® Energy Tea Mix?

Cinch® Energy Tea Mix merupakan adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 

Kebaikan Cinch® Energy Tea Mix
  1. Sebagai energy booster semulajadi.
  2. Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
  3. Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  4. TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.
  5. DAN ianya boleh menguruskan sebab itu ia terdapat dalam Set Kurus Shaklee!
Bahan utama serta kebaikan yang ada di dalam Cinch® Energy Tea Mix ni ialah;

Kandungan Cinch® Energy Tea Mix

1) Matcha Green Tea
  • Antioksida yang sangat tinggi
  • Energy booster
  • Metabolisme booster
  • Bakar kalori up to 4x
2) Taurina
  • Metabolisme booster
  • Energy booster
  • Larutkan lemak
  • Membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • Membakar lemak-lemak berlebihan
  • Menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • Meningkatkan metabolisme
  • Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • Melarutkan lemak
  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Agen detox 
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - penghalang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu menghalang kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak
Teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya;
  1. Anti-mikrob
  2. Imunostimulan
  3. Anticarcinogenic
  4. Anti-inflammation
  5. Perlindungan terhadap penyakit jantung
  6. Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  7. Mengawal kerosakan DNA
  8. Menurunkan paras kolesterol
  9. Detoxifiers
  10. Stimulator tenaga & kehilangan lemak
Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil   Cinch® Energy Tea Mix ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.

Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Sunday, June 22, 2014

Kenapa Perlu Vitamin E Untuk Kekal Sihat Dan Cantik?

Teks : Siti Bid

Bercakap tentang Vitamin E tiba2 saya jadi excited. Mengapa saya excited  untuk mengambil Vitamin E ? Nak tahu kenapa?

Meh saya share kenapa saya excited mengambil Vitamin E sbg suplemen harian saya. Saya baru melahirkan, sudah tentu terdapat ketengangan dan perenggangan pada kulit saat hamil. Jadi inilah masa terbaik saya mengembalikan keanjalan kulit yg merengang tu..

Kenapa saya memilih Vita-E Complex Shaklee? Sebelum saya bercerita lanjut, saya bagitau dulu serba sedikit tentang Vitamin E.

Apakah Vitamin E?

Vitamin E adalah sejenis unsur larut lemak yang bersifat antioksidan. Secara semulajadi, Vitamin E boleh diperolehi dari kuaci bunga matahari, avokado, brokoli, badam, bayam, lada benggala, betik, kiwi dan banyak lagi.

Ia wujud dalam 8 bentuk kimia iaitu alpha-tocopherol, beta- tocopherol, gamma-tocopherol, delta- tocopherol, alpha-tocotrienol, beta- tocotrienol , gamma- tocotrienol dan delta- tocotrienol.

Selepas diserap oleh usus, Vitamin E akan mengalami proses metabolisma di hati. Bentuk alpha-tocopherol adalah bentuk yang paling mudah digunakan oleh tubuh berbanding bentuk lain yang perlu dipecahkan kepada bentuk alpha- terlebih dahulu.

Kenapa Saya Memilih Vita-E Complex Shaklee?

Sebelum saya bercerita kenapa saya memilih Vita-E Complex Shaklee, saya bagitau TIPS memilih Vitamin E yang  baik untuk tubuh kita.

TIPS memilih Vitamin E adalah;
- Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label iaitu ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ianya dari sumber semulajadi. Jika huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ianya dari sumber tiruan or kimia).
- Cari perkataan mixed tocopherol dlm label.
- Pilih Vitamin E yangg disertakan dengan Selenium.

Nota : Kenapa perlu memilih dari sumber semulajadi? Ini adalah kerana ianya lebih baik dan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dari sumber kimia/tiruan

Jawapan kepada soalan kenapa saya pilih Vitamin E jenama Shaklee adalah disebabkan ianya memenuhi garis panduan di atas.

Tahukah Anda Tentang Kebaikan Vita-E Complex Shaklee? 

Vita-E Complex Shaklee bukan sahaja untuk kecantikan kulit malah ianya mempunyai banyak kebaikan. Jom kita tengok apakah kebaikan Vita-E Complex Shaklee.

Kebaikan Vita-E Complex Shaklee

Anda Mengalami Simptoms Berikut? 
Jika YA itu menunjukkan anda mengalami kekurangan Vitamin E dalam tubuh anda.

Simptoms kekurangan Vitamin E

Jom kita tengok testimoni yang menggunakan Vita-E Complex Shaklee


Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Saturday, June 21, 2014

Kebaikan Dan Kelebihan Vita-Lea Shaklee

Teks : Siti Bid

Apakah Vita-Lea® Iron Formula Shaklee?

Vita-Lea® Iron Formula - Multi vitamin & Multi mineral.

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  1. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  2. Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  3. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  4. Biotin dan asid pantotenik membantu utk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  5. Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
Kenapa Tubuh Kita Memerlukan Vita-Lea Shaklee?

Multivitamin penting kerana ia menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik bagi menyokong diet harian penting kerana makanan di sekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Vita-Lea Juga Mengandungi;


Kandungan yang terdapat dalam Vita-Lea Shaklee

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas.
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang.
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf.
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent.
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat.
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang.
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang.
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga.
Siapa Yang Memerlukan Vita-Lea?
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Ibu yang baru bersalin
  • Ibu hamil
Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Ansuran Bulanan Barang Kemas Fesyen 916 TIADA Kos Upah!

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..

Disamping menjual Barang Kemas 916 secara Tunai/Cash, saya juga menawarkan pembelian barang kemas secara Ansuran Bulanan.


Ansuran Bulanan Barang Kemas Fesyen 916 TIADA Kos Upah !!!
  1. Harga lebih murah dari kedai emas (lebih penjimatan kerana tiada kos upah dikenakan).
  2. Barang kemas dapat setelah habis bayar.
  3. Design, berat dan panjang boleh pilih.
  4. Maksimum boleh bayar sehingga 6X bayar

Senarai Produk :

RANTAI TANGAN 916 










BANGLE 916







CINCIN 916




Utk keterangan lanjut PM/SMS/WA/Call 

Siti Bid 010220 7131/ Dean Mahadi 010 2207031

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Teks : Siti Bid 

Janin di dalam kandungan Ibu normalnya berusia hingga 4o minggu atau 38 minggu (9 bulan kalender). Perkembangannya dibahagi kepada 3 trisemester iaitu 3 bulan pertama (0-12 minggu), 3 bulan kedua (hingga minggu ke-24) dan 3 bulan ketiga (hingga minggu kelahiran). 

Apakah yang terjadi terhadap janin ketika dalam kandungan? Sedikit pengetahuan untuk para ibu dan calon ibu.

Perkembangan janin dari minggu ke minggu

1. Perkembangan Trisemester Pertama

# Pembuahan hingga 4 minggu
  • kurang dari 0,4-0,5 cm panjangnya, berat 0,4 gram
  • awal perkembangan tulang belakang, sistem saraf, sistem pencernaan, jantung dan paru-paru
  • kantung amniotik (kantung ketuban) membungkus jaringan awal seluruh tubuh
  • disebut “zigot”
# 8 minggu
  • kurang lebih 2,5 – 3 cm panjangnya, beratnya 2 gram
  • wajah terbentuk dengan mata, telinga, mulut dan gusi sederhana
  • lengan dan kaki bergerak
  • otak terbentuk
  • detak jantung janin dapat dideteksi dengan ultrasound
  • disebut “embrio”
# 12 minggu
  • sekitar 6-9 cm panjangnya dan berat sekitar 19 gram
  • dapat menggerakkan lengan, kaki, jari tangan dan kaki
  • sidik jari muncul
  • dapat tersenyum, merengut, menghisap dan menelan
  • kelamin dapat dibedakan
  • dapat mengeluarkan urine (kencing)
  • disebut “janin”
2. Perkembangan Trisemester Kedua

# 16 minggu
  • sekitar 11,5 – 13,5 cm panjangnya dan berat sekitar 100 gram
  • detak jantung keras
  • kulit tipis, transparent
  • rambut tipis (lanugo) menutupi tubuh
  • kuku jari tangan dan kuku jari kaki terbentuk
  • memiliki gerakan yang terkoordinasi, mampu berguling dalam cairan amniotik
# 20 minggu
  • panjang sekitar 16 – 18,5 cm dan berat hingga 300 gram
  • detak jantung terdengar melalui stetoskop biasa
  • menghisap ibu jari
  • rambut, bulu mata dan alis tampak
# 24 minggu
Janin usia 24 minggu
  • sekitar 23 cm panjangnya dan berat sekitar 700 – 800 gram
  • kulit mengkerut dan tertutupi oleh lapisan pelindung
  • mata terbuka
  • kotoran dikumpulkan di saluran pembuangan
  • memiliki genggaman kuat
3. Perkembangan Trisemester Ketiga

# 28 minggu
Janin usia 28 minggu
  • panjangnya 27 cm dan beratnya mencapai 1,1 kg (atau 2/3 ukuran pada saat lahir)
  • menambahkan lemak tubuh
  • sangat aktif
  • gerakan nafas sederhana muncul
# 32 minggu
  • panjangnya 32 cm dan beratnya 2,1 kg
  • memiliki waktu tidur dan terjaga
  • bereaksi terhadap suara
  • dapat memperkirakan posisi lahir
  • tulang kepala lembut dan lentur
  • zat besi disimpan dalam ginjal
# 36 minggu
Janin usia 36 minggu
  • panjangnya 35 cm dan beratnya 2,2 – 2,9 kg
  • kulit tidak terlalu keriput
  • lapisan pelindung menebal
  • rambut tipis hampir hilang
  • tidak terlalu aktif
  • mendapat kekebalan dari ibu
# 40 minggu
Janin usia 40 minggu
  • panjangnya 40 cm dengan berat 3,2 kg atau lebih
  • rambut tipis hanya pada bahu dan tubuh bagian atas
  • tampak tulang rawan hidung dan cuping hidung
  • dapat mengangkat kepala
  • alat kelamin sudah berkembang
Kejadian manusia penuh dengan keajaiban.. hanya DIA yang Maha Kuasa tiada yang lain selain DIA..

Friday, June 20, 2014

Set Ibu Hamil Shaklee

Teks : Siti Bid

Hari ini saya nak share mengenai Set Ibu Hamil Shaklee. Apa yang terdapat dalam Set Ibu Hamil Shaklee dan manfaat setiap vitamin/suplemen yang terdapat di dalamnya. 

Saya nasihatkan agar ibu2 hamil diluar sana supaya menitikberat tentang keperluan nutrisi ibu dan janin dalam kandungan. Ini kerana ianya sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan ibu dan janin dlm kandungan. Kita sebagai ibu mahukan yang terbaik utk anak yang bakal lahir agar sentiasa sihat. 

Set Lengkap Ibu Hamil.

Set Lengkap Ibu Hamil Shaklee

1. Trimester Pertama
  • Vita-Lea
  • Vita-C
  • ESP
  • B-Complex
  • Ostematrix

2. Trimester Kedua & Ketiga
  • Vita-Lea
  • Vita-C
  • ESP
  • B-Complex
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam Set Ibu Hamil Shaklee

[ESP]
  • Kurangkan alahan & elakkan morning sickness
  • Mengelak terjadinya Stretch Marks.
  • Kenyang lebih lama & Lebih bertenaga
  • Untuk pembentukan bayi yang sihat 
  • Rahim lebih kuat
  • Elak kulit kusam
  • Meransang penghasilan susu di peringkat kehamilan
  • Mengelakkan bayi dari mudah allergy
  • Protein yang sangat mudah diserap oleh badan ibu dan bayi.

[Vita-Lea]
  • Melengkapkan keperluan mineral yang diperlukan oleh ibu dan anak
  • Menstabilkan paras hb 
  • Memastikan keperluan darah oleh tubuh badan mencukupi
  • Mengurangkan risiko pendarahan
  • Mengelakkan keletihan malampau
  • Lebih bertenaga

[B-Complex]
  • Membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • Menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga sekaligus mengelakkan diabetes.
  • Memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • Mengurangkan perasaan stress dan tertekan dgn memberi ketenangan.
  • Membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia.
  • Penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • Mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • Menjaga fungsi saraf
  • Mengelakkan kurang darah (anemia)
  • Ibu sentiasa berseri

[Vita-C]
  • Meningkatkan sistem imun & antibodi secara semulajadi.
  • Membantu penyerapan zat besi yang merupakan mineral penting dalam pembinaan sel-sel darah merah dengan lebih baik. 
  • Asas penghasilan kolagen
  • Membantu membina tulang, kulit, rawan dan tendon janin.
  • Menyumbang kepada pembaikan tisu, kulit yang sihat dan penyembuhan luka yang cepat.
  • Kekurangan Vitamin C semasa mengandung dikaitkan dengan perkembangan mental yang lambat.

[OsteMatrix]
  • Mengelakkan kejang @ simpul biawak.
  • Membekalkan kalsium utk penghasilan tulang dan gigi yang kuat.
  • Tidur malam lebih lena.
  • Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan.
  • Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
  • Melawaskan system penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya.
  • Badan lebih bertenaga apabila bangun bagi.

[Omega Guard]
  • Mula diambil apabila kandungan mencecah 4 bulan ke atas.
  • Membekalkan DHA & EPA yang tinggi. 
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang.
  • Mengalakkan fungsi mata.
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi.
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan (kejang di waktu malam).
  • Mengelakkan rasa sakit pada sendi.

Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Perlukah Ibu Hamil Mengambil Suplemen Sepanjang Kehamilan?

Teks : Siti Bid

Anda Hamil? Cukupkah keperluan nutrisi anda dan janin dalam kandungan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin/suplemen yang penting bagi ibu hamil?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin/suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor. Beberapa vitamin/suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

1. Asid Folik

Asid folik merupakan vitamin/suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Kecacatan Tiub Neural

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
2. Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

3. Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

4. Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

5. Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Tips pengambilan vitamin/suplemen
  • Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
  • Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin/suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
  • Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin/suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  • Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. 
  • Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
  • Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.
Untuk mendapatkan Set Ibu Hamil Shaklee dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Thursday, June 19, 2014

Set Penurunan Kolestrol Tinggi

Teks : Siti Bid

Masalah Kolestrol Pembunuh No.1!

Cara hidup masa kini tidak sama seperti dahulunya. Dengan gaya hidup yang serba moden, penyakit yang berpunca dari kolestrol tinggi dengan mudah menyerang sesiapa sahaja. 

Kalau dahulu, penyakit kolestrol sering dikaitkan dengan mereka yang bertubuh gemuk. Namun kini tidak lagi kerana yang kurus pun boleh mengalami masalah kolestrol tinggi. Dan yang paling menakutkan kolestrol adalah punca utama kepada serangan jantung atau strok!!

Cara Mengatasi Masalah Kolesterol Tinggi

Terdapat beberapa cara yang perlu kita jaga bagi membolehkan kita mengawal paras kolesterol di dalam tubuh kita.
  • Mengawal Diet - Makanan sebenar yang mengandungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan di proses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti. 
  • Perbanyakkan Aktiviti Fizikal - Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dan HDL adalah lebih tinggi. Maka banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya. 
  • Menurunkan Berat Badan - Orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
  • Menjauhi Rokok dan Alkohol - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus untuk kesihatan dan haram di sisi agama Islam. 
Selain mengamalkan cara hidup sihat, suplemen juga membantu dalam menurunkan paras kolestrol

Set Penurunan Kolestrol Tinggi

Set Penurunan Kolestrol Tinggi
  1. Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol 'jahat' LDL
  2. Garlic - Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
  3. B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
  4. Vitamin C - Vitamin C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri
  5. Vitamin E - Vitamin E memperbaiki peredaran darah
Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Wednesday, June 18, 2014

Kolestrol Penyebab Serangan Jantung?

Teks : SIti Bid

Bahayakah Kolestrol? 

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. 

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis. 

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. 

Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Simptom/Gejala Kolestrol Tinggi


- Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu.
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

- Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

- Sesemut
Kadang-kadang sesemut juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

- Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

- Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

- Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

- Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

NOTA :

Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.

- Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik. 
200 to 239 - tahap sempadan tinggi 
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

- Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal. 
130 to 159 - sempadan tinggi. 
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

- Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung. 
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.

Untuk keterangan produk dan konsultasi bolehlah menghubungi saya

Kepada anda yang tercari2 suplemen untuk masalah kolestrol tinggi boleh cuba ikhtiar ambil Set Penurunan Kolestrol Tinggi Shaklee

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146