Friday, October 10, 2014

Hari Raya Aidiladha | 06 Oktober 2014 | KL-Bandar Baru Ampang

Teks : Siti Bid

2nd Day Hari Raya Aidiladha - Menziarahi Pusara Adik Nur Husna

Alhamdulillah...
Sampai jua Mama & Abah serta Kakak Syirah & Abang Fuad menziarah Adik Nur Husna setelah 5bulan 3hari pemergianmu. Sayu sangat hati ni bila melihat pusaranya. Tiada apa yang dapat kami hadiahkan, hanya bacaan ayat2 suci al-Quran dan zikir serta doa yang mampu kami panjatkan kehadratNYA agar Adik Nur Husna tenang dan bahagia disamping penciptanya.

Lega rasa hati ni dapat menziarahi pusara Adik Nur Husna. Dari hari ke hari nak pergi melawat tapi tak kesampaian. Akhirnya hari raya kedua Aidiladha baru kesampaian. Puas hati dapat bersih pusara dan taman pokok serta letak bingkai kt pusaranya..

Inilah pusara Adik Nur Husna anak kami yang ke-5. Semoga Allah merahmati mu Nak! Semoga dirimu menjadi inspirasi buat kami untuk meneruskan perjuang menuju redha Allah.
                                      


Pusara Adik Nur Husna | 03 May 2014 | Bukit Teratai, Ampang

Setiap yang hidup PASTI akan merasai MATI..
Orang yang bijak ialah mereka yang bersiap sedia dengan amalan-amalan kebajikan bagi mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini dalam menuju alam akhirat. Mereka inilah yang berpandangan jauh ke hadapan dalam memikirkan apa kesudahan yang bakal dihadapi nanti.

Sedangkan orang yang jahil ialah orang-orang yang tertutup matanya daripada melihat kesudahan yang akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan dan kelalaian, sehingga tidak dapat mengingati atau memikirkan kematiannya, sekalipun ia mengingatinya namun bukan dengan hati yang lapang, tetapi dengan perasaan yang dibius dengan nafsu kesenangan dan kelazatan kerana ingatan terhadap kematian itu tidak sampai menembusi jiwanya.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

No comments:

Post a Comment