Teks : Siti Bid
Hari Raya Aidiladha tahun ini kami sekeluarga merayakannya di rumah kami di Bandar Baru Ampang. Tiada persediaan dibuat untuk menyambut raya di KL ada kadar sahaja. Tiada baju raya, tiada biskut raya dan tiada hidangan raya (rendang, lemang, ketupat), namun sangat awesome..! Kami tetap bahagia... Alhamdulillah.
Asalnya plan nk balik kg halaman tapi terpaksa batalkan sbb tak sanggup redah jam. Memandangkan ramai yg post info kt FB tentang jam yg dialami. Maka dengan itu kami batalkan plan utk balik beraya di kg. Pengalaman balik beraya di Aidilfitri yg lepas masih terasa lagi. Perjalanan mengambil masa 17 jam untuk sampai ke Machang, Kelantan.. huhuuhuh.
1st Day Hari Raya Aidiladha
Selfie di Hari Raya Aidiladha 1
KL | 05 Oktober 2014 | 1st Day
Selfie di Hari Raya Aidiladha 2
KL | 05 Oktober 2014 | 1st Day
Menu kami di hari raya pertama memang simple.. cukuplah hanya untuk alas perut sahaja. Menu yg di masak Ketupat Sotong, Agar2 Santan Gula Merah, Siakap 3 Rasa, Tom Yam Campur & Telur Dadar..Alhamdulillah rezeki kami pada hari tu. Kenyanggg!!!
Ketupat Sotong
Agar2 Santan Gula Merah
Hidangan Nasi Gampur
(Tom Yam Campur, Siakap 3 Rasa, Telur Dadar)
Aktiviti Hari Raya Pertama kami, sasaran rumah kami ziarahi adalah rumah SIL di Taman Maju Jaya - Pandan Jaya. Kami bawa Ketupat Sotong serta Agar2 Santan Gula Merah untuk juadah keluarga SIL. Kat sana kami mkn nasi impit, lemang & rendang dll. Kenyang sesgt..
FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146
No comments:
Post a Comment