Tuesday, October 28, 2014

Suamiku Dengan Cinch Teanya

Teks : SIti Bid

Assalamualaikum wbt..


Hari ni saya nak share pasal pengalaman suami saya consume Cinch® Energy Tea Mix untuk turunkan berat badan. Untuk pengetahuan, suami saya ni susah beno nk konsisten mkn suplemen. Dia makan ikut suka hati dia je.. time ingat dia mkan la, time lupa dia tak makan. TAPI Cinch Tea memang dia tak lupa. Dia akan minum setiap kali pergi jogging. Sebelum pergi jogging dia akan minta saya untuk bancuh Cinch Tea memandangkan dia tak pandai nak bancuh. Sebab kalau saya bancuh, saya taruk lemon & madu. So Cinch Tea akan rasa bertambah sodap...hehhehe

Alkisahnya pagi ni punya cerita..

Tetiba my asbend berkata "Mma bagus la Cinch Tea ni!! Abh rasa best sgt minum cinch tea ni... Badan rasa cergas, badan ni dh tak penat mcm dulu.. Mama patut promote cinch tea ni sbb dia boleh kuruskan badan dgn cepat. Abh baru berapa kali minum tapi badan dah rasa lain... Dh rasa kurus. Perut pun dh surut skit banding dgn sblm ni (sambil tunjuk perutnya yg tak berapa nk sexy..hehhe ;P)"

Dalam hati nak tergelak je.. Kalau tak berkesan mananya Che Bid nk jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya dah lama loved dgn produk Shaklee. Sebelum ni bukan main saya suruh dia makan itu ini tapi dia buat dunno je...huhuhu. Sehinggalah pagi tadi boleh dia bagi pendapat supaya saya promote Cinch Tea tu kaw2 sbb mmg merbeles!! Alahai suamiku..hihihi

 Cinch® Energy Tea Mix

Kepada anda diluar sana yang ingin turunkan berat badan cuba la produk Shaklee.. InsyaAllah anda puas hati selagi mana anda makan dengan konsisten. Kalau makan tak konsisten jangan salahkan saya.. salah anda sbb tak makan.. 'Mana nak dapat sagu jika tidak pecahkan ruyongnya"... hehhe

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Faedah Dan Kebaikan Lecithin

Teks : Siti Bid

N3 kali ini adalah tentang Lecithin. Saya akan share apakah fungsi Lecithin, Kandungan Lecithin dan faedah dan kebaikan Lecithin. Lecithin adalah antara suplemen Shaklee yang saya sangat suka selain Omega Guard, Cinch Shake, Cinch Tea dan lain2.

Lecithin

Fungsi utama Lecithin pada asasnya adalah sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Apakah kandungan Lecithin?
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Apakah kegunaan Lecithin?
  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  4. Membantu kawal paras triglycerides.
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Lecithin sebenarnya adalah campuran semulajadi phospholipid. Walaupun Lecithin bukanlah nutrien penting, ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menjadikan ianya bernilai termasuk sebagai sebahagian daripada rutin tambahan harian. Ia melindungi sel-sel anda dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan, nutrien dan ion dalam dan di luar sel-sel, sambil mengekalkan struktur sel yang kuat untuk mengekalkan bentuknya.

Faedah dan kebaikan Lecithin
  • Menggalakkan penurunan berat badan yang sihat. 
Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme. Ia telah digunakan agak berkesan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk menggalakkan penurunan berat badan. Terbaik dari semua kerana ia adalah semulajadi, Lecithin membolehkan badan kita untuk mengurangkan berat badan dengan betul tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kemudaratan di kawasan-kawasan lain kesihatan kita.
  • Merendahkan kolesterol. 
Manfaat Lecithin untuk menurunkan kolesterol yang terkenal kerana ia telah digunakan selama beberapa dekad dalam merawat pesakit dengan kolesterol tinggi. Ia mengawal aliran nutrien dalam dan di luar sel-sel anda dan mencegah pembentukan lemak pada dinding jantung, arteri dan otak dengan memecahkan lemak. Atas sebab ini, ia bukan sahaja faedah paras kolesterol, tetapi juga kesihatan kardiovaskular kita juga.
  • Penting untuk kesihatan hati. 
Doktor dan saintis telah dikenali untuk beberapa lama bahawa lesitin dan choline kedua-duanya adalah penting untuk fungsi hati dan kesihatan. Dengan mengekalkan lemak hati tersebar dalam air, lesitin dan choline boleh menghalang mereka daripada lemak terkumpul. Juga, kerana mereka mengawal aliran nutrien dalam dan di luar, mereka boleh dasarnya mengusir toksin dari hati anda sebelum mereka menyebabkan kemudaratan.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Sunday, October 19, 2014

TIPS Panjat Tangga Tanpa Rasa Penat Dan Mengah

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..


Entry kali ni saya nak share satu tips panjat tangga tanpa rasa penat dan mengah. Tipsnya cukup senang dan mudah. Ini saya sendiri yang buat eksperimen.

Saya hari2 pergi kerja naik LRT Ampang - Kelana Jaya (LRT Star Ampang & LRT Putra Kelana Jaya). Naik dari Stesen LRT Star Ampang then transit kat Stesen LRT Masjid Jamek. Naik pula LRT Putra ke Kelana Jaya. 

Memandangkan saya dalam # Misi Untuk Kurus dan Sihat, maka dengan itu saya tidak lagi menggunkan escalator. Saya memilih untuk panjat tangga. Saya seorang ibu yang bekerja, jadi saya tiada masa untuk pergi berjogging atau beriadah. Maka saya ambil peluang beriadah dengan memanjat tangga. Memanjat tangga adalah sangat baik untuk kesihatan kardio (jantung).

Memanjat tangga bukan sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan kecuali dalam keadaan yang terdesak. Sudah pasti kita akan rasa penat dan mengah. Terutamanya bagi anda yang jarang2 naik tangga.

Tipsnya senang je.. Sambil2 panjat anak tangga sambil2 reply wassap. Sambil2 senggeh sorg2.. Mmg terbukti berkesan. Tk rasa penat. Sebab fokus kita kt wassap bukan pada anak tangga yg kita panjat. Cuba la.. InsyaAllah berkesan...! Jangan tersadung kaki plak ya..

Tahukah anda ?

Dengan memanjat tangga ia dapat membantu mengepam darah ke otak. Aktiviti naik turun tangga yang dilakukan secara berkala bukan saja menghindari penurunan fungsi otak disebabkan peningkatan usia, tetapi membantu mengembalikan kecergasan otak dan  juga jantung.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Friday, October 10, 2014

Hari Raya Aidiladha | 06 Oktober 2014 | KL-Bandar Baru Ampang

Teks : Siti Bid

2nd Day Hari Raya Aidiladha - Menziarahi Pusara Adik Nur Husna

Alhamdulillah...
Sampai jua Mama & Abah serta Kakak Syirah & Abang Fuad menziarah Adik Nur Husna setelah 5bulan 3hari pemergianmu. Sayu sangat hati ni bila melihat pusaranya. Tiada apa yang dapat kami hadiahkan, hanya bacaan ayat2 suci al-Quran dan zikir serta doa yang mampu kami panjatkan kehadratNYA agar Adik Nur Husna tenang dan bahagia disamping penciptanya.

Lega rasa hati ni dapat menziarahi pusara Adik Nur Husna. Dari hari ke hari nak pergi melawat tapi tak kesampaian. Akhirnya hari raya kedua Aidiladha baru kesampaian. Puas hati dapat bersih pusara dan taman pokok serta letak bingkai kt pusaranya..

Inilah pusara Adik Nur Husna anak kami yang ke-5. Semoga Allah merahmati mu Nak! Semoga dirimu menjadi inspirasi buat kami untuk meneruskan perjuang menuju redha Allah.
                                      


Pusara Adik Nur Husna | 03 May 2014 | Bukit Teratai, Ampang

Setiap yang hidup PASTI akan merasai MATI..
Orang yang bijak ialah mereka yang bersiap sedia dengan amalan-amalan kebajikan bagi mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini dalam menuju alam akhirat. Mereka inilah yang berpandangan jauh ke hadapan dalam memikirkan apa kesudahan yang bakal dihadapi nanti.

Sedangkan orang yang jahil ialah orang-orang yang tertutup matanya daripada melihat kesudahan yang akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan dan kelalaian, sehingga tidak dapat mengingati atau memikirkan kematiannya, sekalipun ia mengingatinya namun bukan dengan hati yang lapang, tetapi dengan perasaan yang dibius dengan nafsu kesenangan dan kelazatan kerana ingatan terhadap kematian itu tidak sampai menembusi jiwanya.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Hari Raya Aidiladha | 05 Oktober 2014 | KL

Teks : Siti Bid

Hari Raya Aidiladha tahun ini kami sekeluarga merayakannya di rumah kami di Bandar Baru Ampang. Tiada persediaan dibuat untuk menyambut raya di KL ada kadar sahaja. Tiada baju raya, tiada biskut raya dan tiada hidangan raya (rendang, lemang, ketupat), namun sangat awesome..! Kami tetap bahagia... Alhamdulillah.

Asalnya plan nk balik kg halaman tapi terpaksa batalkan sbb tak sanggup redah jam. Memandangkan ramai yg post info kt FB tentang jam yg dialami. Maka dengan itu kami batalkan plan utk balik beraya di kg. Pengalaman balik beraya di Aidilfitri yg lepas masih terasa lagi. Perjalanan mengambil masa 17 jam untuk sampai ke Machang, Kelantan.. huhuuhuh. 

1st Day Hari Raya Aidiladha

Selfie di Hari Raya Aidiladha 1
KL | 05 Oktober 2014 | 1st Day

Selfie di Hari Raya Aidiladha 2
KL | 05 Oktober 2014 | 1st Day

Menu kami di hari raya pertama memang simple.. cukuplah hanya untuk alas perut sahaja. Menu yg di masak Ketupat Sotong, Agar2 Santan Gula Merah, Siakap 3 Rasa, Tom Yam Campur & Telur Dadar..Alhamdulillah rezeki kami pada hari tu. Kenyanggg!!! 

Ketupat Sotong

Agar2 Santan Gula Merah

Hidangan Nasi Gampur 
(Tom Yam Campur, Siakap 3 Rasa, Telur Dadar)

Aktiviti Hari Raya Pertama kami, sasaran rumah kami ziarahi adalah rumah SIL di Taman Maju Jaya - Pandan Jaya. Kami bawa Ketupat Sotong serta Agar2 Santan Gula Merah untuk juadah keluarga SIL. Kat sana kami mkn nasi impit, lemang & rendang dll. Kenyang sesgt..

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Saturday, October 4, 2014

Aduhai Duit!! Bebanan Hutang dan Cara Mengatasinya

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..


Hari ni saya nak berkongsi tentang masalah kewangan, di mana rata2 ramai yang mengeluh dengan bebanan kewangan yang ditanggung akibat kenaikan harga petrol.

Kini kos hidup makin hari makin tinggi. Ditambah plak dgn kenaikan harga petrol skrg ni.. Semakin terbebanlah kita. Akibat kos sara hidup yang semakin meningkat, semakin ramai rakyat Malaysia dibelengu dgn masalah hutang. Hutang pelajaran, kereta, rumah, personal loan..ditambah pulak dgn harga barang yg semakin naik memang betul2 membebankan. Sampai bila kita nak dibelenggu dgn masalah ini? Ramai yg mengeluh. Jangan harapkan kerajaan dan duit BR1M tiap2 tahun untuk membantu anda! Cukupkah dgn bantuan itu? Anda perlu cari jalan utk atasi masalah ni. 

Saya juga tidak terlepas dari bebanan ini. Even mcm saya sendiri, saya bekerja tetap dgn syarikat GLC (TM).. gaji agak tinggi namun saya perlukan side income demi melunaskan perbelanjaan bulanan saya yg tinggi. Setiap bulan rumah (2buah), kereta (1buah), insuran (insuran saving haji saya & suami, insuran education anak, insuran hayat utk saya), loan (asb loan rm100k, personal loan), perbelanjaan anak sek, babysitter dll semuanya memerlukan duit.

Dgn mengharapkan gaji saya dan suami sememangnya tak cukup. Saya kena buat side income. Saya mengambil peluang dengan menyertaai Shaklee bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Alhamdulillah dgn Shaklee serba sedikit dapat membantu kami sekeluarga. 

Kepada anda yg ingin menambah pendapatan keluarga saya ada caranya. Saya sedia membantu mereka yang betul2 serius ingin menambah pendapatan keluarga. Yakinlah pada diri anda, jika saya boleh lakukannya, anda pun pasti boleh juga! Jom sertai kami!!


Asal ada kemahuan di situ ada jalan!! Janji anda nak.. Jalannya pasti ada.. InsyaAllah.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146