Saturday, September 6, 2014

Tahukah Anda Bagaimana Mengira Waktu Subur?

Teks : Siti Bid

Kenapa Kita Perlu Mengetahui Waktu Subur Kita?

Mengetahui waktu kesuburan wanita adalah penting. Dua sebab utama kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita adalah;
  1. Untuk memudahkan mendapat zuriat 
  2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. 
Sebelum kita mengetahui waktu subur yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata kitaran haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalendar kita. Di sini saya cuba untuk tunjukkan dalam bentuk gambarajah supaya lebih mudah untuk difahami. 

Purata kitaran haid setiap orang tidak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata kitaran haid normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan, memang senang nak tahu bila hari subur kita. Rujuk gambarajah di bawah untuk mengira purata haid anda.

Carta Purata Kitaran Haid

Cara mengira purata kitaran haid adalah;
  1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
  2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
  3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
  4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.
Ok, dah dapat purata haid? Lagi senang nak tahu bila waktu subur kita. Caranya? Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana 'kilang telur' dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak manfaatkannya. Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. 

Anda perlu memahami fasa ini.

Carta Fasa Kitaran Haid
  • Fasa 1 : Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)  ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda berapa hari di dalam sebulan.
  • Fasa 2 : Hari ke 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
  • Fasa 3 : Hari ke 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
  • Fasa 4 : Hari ke 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Bilakah Waktu Subur Anda?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.


Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
(14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Keliru? Macam ni. Katakanlah; 
  • Cth 1 : Kitaran period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur
  • Cth 2 : Kitaran period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari (hari ke 16) ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. 
  • Cth 3 : Kitaran period 35 hari maka 35 hari - 14 hari = 21 hari (hari ke 21) adalah waktu suburnya.
Kebiasaannya pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih keluar dari vagina. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat?


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka peluang untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.


Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan , ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.


Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan haruslah betul2 plan untuk bersama 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. Pastikan anda dan pasangan dlm keadaan sihat, elakkan stress dan mengamalkan cara hidup sihat.


Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


Anda juga boleh mengamalkan Set Kesuburan Shaklee untuk membantu anda mendapat zuriat.

Set Kesuburan Shaklee

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha, namun Allah jualah yang menentukan segalanya.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

No comments:

Post a Comment