Sunday, September 7, 2014

Perlukah Mengambil Suplemen Untuk Membantu Kehamilan?

Teks : Siti Bid

Tahukah anda, 10% populasi dunia mengalami masalah ketidaksuburan. Ini bermakna 1 daripada 10 pasangan pada hari ni mengalami masalah ketidaksuburan. 1 pasangan didiagnosis mengalami ketidaksuburan sekiranya mereka gagal hamil setelah 1 tahun mengamalkan seks teratur sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Penyebab Ketidaksuburan

Kajian juga mendapati 30% kes ketidaksuburan berpunca dari wanita, 30% dari lelaki, 10% berpunca dari kedua-dua pasangan, 25% tidak diterangkan, dan 5% lagi adalah sebab lain.

Dalam kes ini, kebiasaannya wanita selalu dipersalahkan kerana gagal mengandung. Walhal kegagalan mendapatkan zuriat boleh berpunca dari kedua-dua belah pihak. 

Punca Berlakunya Ketidaksuburan

Terdapat 4 punca penyumbang kepada ketidaksuburan dikalangan suami isteri
  1. Masalah Ovulasi - PCOS (ketidakseimbangan hormon), cyst, fibroid dan telur/ovum yang lemah.
  2. Masalah Tiub Fallopio - tiub tersumbat.
  3. Masalah Sperma - sperma yang tidak matang, bilangan sperma yang sedikit dan gangguan dlm mobiliti sperma.
  4. Punca yg tidak diketahui - apabila semua pemeriksaan dan ikhtiar telah dilakukan tetapi masih juga tidak berjaya untuk hamil.
Kemungkinan ketidaksuburan berlaku disebabkan oleh masalah kegemukan dikalangan suami dan isteri, di mana ianya mengganggu kesuburan.

Perlukah Mengambil Suplemen Untuk Membantu Kehamilan?

Pengambilan suplemen yang selamat dan berkesan sangatlah digalakkan. Ini bukanlah saranan saya semata-mata, malah ianya juga disarankan oleh Pakar Kesuburan.

Nasihat dari Dr. Hamit Arshat

Bagaimanakah Set Kesuburan Shaklee Membantu Untuk Hamil?

Set kesuburan ni terbahagi kepada dua iaitu untuk isteri dan untuk suami. Untuk lebih kepastian, pasangan hendaklah membuat check-up dengan berjumpa Pakar O&G terlebih dahulu bagi mengetahui masalah masing-masing.

Set Kesuburan Shaklee

Set Kesuburan Asas (Untuk Suami & Isteri)


1. Vitamin C
Diperlukan untuk pembinaan dan pemulihan sel-sel di dalam badan.

2. B-Complex
Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkkan kesuburan wanita. Selain itu jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan telur (conception). 

3. Vita-Lea 
Masalah kesuburan mungkin boleh berpunca daripada kekurangan nutrien dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan meneral setiap hari kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan kita.

Set Kesuburan Untuk Suami

1. Zinc Complex
Zink merupakan zat yang sangat penting bagi meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

2. Vita E Complex
Popular sebagai “vitamin cinta” yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami. Ia amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita.

Set Kesuburan Untuk Isteri

1. GLA Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

2. B-Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

TIPS 
  • Doa dengan bersungguh-sungguh
  • Berusaha untuk menurunkan berat badan
  • Bersenam selama 30 minit setiap hari
  • Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
  • Tenangkan jiwa dan emosi
  • Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya
Kita sebagai manusia WAJIB berikhtiar dan berusaha, namun Allah jualah yang menentukan segalanya.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Saturday, September 6, 2014

Tahukah Anda Bagaimana Mengira Waktu Subur?

Teks : Siti Bid

Kenapa Kita Perlu Mengetahui Waktu Subur Kita?

Mengetahui waktu kesuburan wanita adalah penting. Dua sebab utama kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita adalah;
  1. Untuk memudahkan mendapat zuriat 
  2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. 
Sebelum kita mengetahui waktu subur yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata kitaran haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalendar kita. Di sini saya cuba untuk tunjukkan dalam bentuk gambarajah supaya lebih mudah untuk difahami. 

Purata kitaran haid setiap orang tidak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata kitaran haid normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan, memang senang nak tahu bila hari subur kita. Rujuk gambarajah di bawah untuk mengira purata haid anda.

Carta Purata Kitaran Haid

Cara mengira purata kitaran haid adalah;
  1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
  2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
  3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
  4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.
Ok, dah dapat purata haid? Lagi senang nak tahu bila waktu subur kita. Caranya? Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana 'kilang telur' dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak manfaatkannya. Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. 

Anda perlu memahami fasa ini.

Carta Fasa Kitaran Haid
  • Fasa 1 : Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)  ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda berapa hari di dalam sebulan.
  • Fasa 2 : Hari ke 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
  • Fasa 3 : Hari ke 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
  • Fasa 4 : Hari ke 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Bilakah Waktu Subur Anda?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.


Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
(14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Keliru? Macam ni. Katakanlah; 
  • Cth 1 : Kitaran period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur
  • Cth 2 : Kitaran period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari (hari ke 16) ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. 
  • Cth 3 : Kitaran period 35 hari maka 35 hari - 14 hari = 21 hari (hari ke 21) adalah waktu suburnya.
Kebiasaannya pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih keluar dari vagina. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat?


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka peluang untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.


Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan , ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.


Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan haruslah betul2 plan untuk bersama 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. Pastikan anda dan pasangan dlm keadaan sihat, elakkan stress dan mengamalkan cara hidup sihat.


Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


Anda juga boleh mengamalkan Set Kesuburan Shaklee untuk membantu anda mendapat zuriat.

Set Kesuburan Shaklee

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha, namun Allah jualah yang menentukan segalanya.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Thursday, September 4, 2014

Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Teks : Siti Bid

Apakah punca pendarahan semasa mengandung?

Pendarahan vagina semasa mengandung mempunyai banyak sebab. Ada yang serius dan ada yg sebaliknya. Bagi yang kali pertama melalui pengalaman seperti ini mungkin merasakan ia kejadian yang mengerikan. Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan semasa mengandung biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan dan ada juga yang berterusan sehingga ke kelahiran bayi. Sebaiknya, jika berlaku pendarahan semasa mengandung, lebih baik terus berjumpa doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

Pendarahan pada Trimester Pertama

Kebanyakan wanita mengalami pendarahan yang sedikit semasa 12 minggu pertama mengandung. Biasanya punca pendarahan vagina semasa awal mengandung adalah :-
  1. Implantasi (Implantation) 
  2. Perubahan Servik. (Cervical Change) 
  3. Keguguran (Miscarriage) 
  4. Kandungan diluar rahim (Ectopic Pregnency) 
  5. Kandungan Anggur (Molar Pregnency) 
  6. Jangkitan Kuman
Bila harus berjumpa doktor?

Semasa trimester pertama, jika terdapat pendarahan kecil yang berlaku tidak lebih dari satu hari, beritahu doktor ketika berjumpa pada pertemuan selanjutnya. Jika anda mengalami pendarahan vagina lebih dari satu hari, segeralah berjumpa dengan doktor.

Beritahu doktor tersebut tentang perkara berikut:- 
  • Memberitahu berapa banyak pendarahan yang telah dialami.
  • Memberitahu berapa jumlah pendarahan yang berlaku disamping menceritakan samada sakit dibawah perut, kejang, deman atau kesejukan.
  • Menunjukkan cairan yang keluar dari vagina (jika diminta) 

Apa yang dilakukan oleh doktor?

Kebiasaannya doktor akan bertanya tentang pendarahan dan melakukan pemeriksaan termasuk pemeriksaan terhadap servik. Berpandukan tahap simptom yang diberitahu anda, doktor mungkin akan melakukan ujian makmal seperti ultrasound untuk mengesahkan bayi anda berada dalam keadaan yang selamat.

Selalunya, pendarahan vagina pada trimester pertama tidak memerlukan rawatan khusus. Biasanya doktor hanya akan mengesyorkan untuk anda berehat, tidak melakukan aktiviti lasak, tidak banyak berjalan, tidak mengangkat benda yang berat sehinggalah tiada berlaku lagi pendarahan. Anda mungkin diberikan ubat untuk menguatkan rahim anda jika keadaan servik dan bayi anda masih berada di dalam keadaan yang stabil. Jika anda mengalami jangkitan pada servik pula, anda mungkin diberikan antibiotik.

Jika doktor anda mengesahkan anda keguguran, anda mungkin diberi pilihan untuk membiarkan proses keguguran tersebut secara natural atau mempercepatkan proses tersebut dengan rawatan atau pembedahan kecil seperti Dilation and Curettage (D & C). Semasa prosedur ini dilakukan, doktor akan melebarkan servik anda dan akan menyedut tisu-tisu keluar dari uterus. Alat seperti besi panjang yang hujungnya lengkok juga akan digunakan selepas proses penyedutan dilakukan untuk membersihkan dinding-dinding uterus.

Jika anda disahkan mengandung luar rahim atau atau kandungan anggur, pemeriksaan lanjut hendaklah disegerakan. Tetapi dalam sesetengah kes kandungan luar rahim juga boleh diselamatkan dengan rawatan. Walaubagaimanapun, kandungan anggur perlu melakukan D & C bagi membuang tumur di dalam uterus.

Jenis-Jenis Pendarahan

1. Implantasi (Implantation) 


Pendarahan vagina yang berlaku pada waktu ini adalah sangat sedikit dan berlaku pada masa yang sangat awal sekitar 10 – 14 hari selepas proses persenyawaan. “Pendarahan Implantasi” ini berlaku apabila telur mula tertanam di dalam uterus. Pendarahan berlaku sangat awal dan hanya tompokan kecil serta berwarna pudar daripada period yang normal dan pendarahan ini berlaku tidak lama. Sesetengah perempuan menganggapnya adalah period biasa dan tidak sedar yang mereka telah pun mengandung.

2. Kandungan diluar rahim (Ectopic Pregnency) 


Kadangkala embrio tidak mamasuki uterus dan menyebabkan kandungan berada diluar rahim dimana embrio membesar di dalam tiub fallopio. Ini dipanggil kandungan diluar rahim dan keadaan ini membuatkan embrio tidak boleh hidup. Tanpa rawatan, kandungan diluar rahim ini boleh membahayakan nyawa ibu dimana darah akan mengalir keluar dan akan menyebabkan si ibu kekurangan darah. Kandungan diluar rahim boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bawah perut dan sekitar rahim dan itu adalah tanda anda mengalami masalah tersebut.

3. Kandungan Anggur (Molar Pregnancy) 


Di dalam kandungan molar yang lengkap, tiada bayi wujud melainkan hanya tisu molar saja. Kebiasaannya, pendarahan yang teruk adalah sintom kepada kandungan anggur/molar. Ia biasanya dikesan pada awal tiga bulan pertama. Ianya juga boleh menyebabkan penderahan teruk dan banyak.

4. Keguguran (Miscarriage) 


Hanya lebih 15% kebarangkalian kandungan akan berakhir dengan kuguguran berpandukan kajian daripada American College of Obstetricians and Gynecologists. Berhati-hatilah kerana pendarahan vagina biasanya adalah amaran kepada keguguran tetapi pendarahan bukanlah bermaksud anda gugur. Ingat, kebanyakan wanita yang mengalami masalah pendarahan semasa hamil masih berjaya melahirkan bayi dengan sihat dan bukan semuanya berakhir dengan keguguran.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146