Saturday, April 4, 2015

Kenapa Saya Menjual Emas?

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.. 

N3 kali ini saya nk share kenapa saya minat sangat dengan barang kemas atau emas 916/999. Dan bagaimana saya boleh menceburkan diri dalam dunia biz emas ni.

Asalnya saya beli utk pakai sendiri, lama2 saya plak yg menjual barang kemas. Saya tak pernah terfikir yg satu hari saya boleh menjual emas.. Semuanya tanpa saya plan.. Allah yg takdirkan saya menceburkan diri dalam biz emas ni. 

Saya ni peminat tegar emas. Saya rela menabung sbb nak beli emas. Saya rela tak beli hp atau baju mahal semata2 simpan duit utk beli emas. Bagi saya emas sangatlah bernilai dan sangat berguna disaat2 saya memerlukan. Agak2 kalau beli hp atau baju mahal2 time terdesak nak guna duit.. hp dan baju tadi boleh gadai tak?? Jawapan : TIDAK!! Tak de sape pun nak dgn hp dan baju mahal yg kita beli tu. TAPI kalau barang kemas jgn risau..pergi je mana2 arrahnu diorang akan terima barang kemas kita tu. On the spot dapat cash!!

Saya terdedah dgn emas sejak dari kecil. Keluarga saya bukan keluarga yg berada, kami adik beradik ramai.. 7 org. Saya ingat lagi emak saya suka beli emas. Duit hasil menabung dia beli emas. Tak dpt beli besar, kecil pun jadilah. Atleast beli emas. 'Sesak2 boleh gadai' katanya. Bila time nak guna duit urgent, jalan yg kami ada adalah gadai brg kemas.. pastu dh ada duit pergi tebus balik. Nk buat loan bank.. mak ayah kerja kampung mana layak utk buat loan bank. Satu2nya jalan yg kami ada adalah gadai barang kemas. Alhamdulillah masih ada jalan buat kami..

So dari situ saya nampak pentingnya ada barang kemas atau emas. Macam saya, byk benda yg saya buat dengan barang kemas saya, settle loan MARA saya gadai brg kemas, nk bayar downpayment rumah, saya gadai brg kemas. Pergi private hospital pun saya gadai barang barang. Nk buat rolling biz saya gadai barang kemas. Pendek kata banyaklah faedah dengan simpan barang kemas. 

Permulaan saya menceburkan diri dalam biz emas adalah pada satu hari tu, saya ada beli barang kemas Future Stock dgn Seller ni. Dia pegawai bank tapi dia buat part time jual emas. Harga emas future stock agak murah berbanding dgn harga emas di kedai emas. Pastu saya promote kt kawan2.. promote dengan niat agar kawan2 turut menabung. Saya share pengalaman dan faedah beli emas kt diorang. Diorang mula nampak pentingnya beli emas banding dgn benda lain. Dari sorang ke sorang beli dengan saya.. sehinggalah ke hari ini. ALHAMDULILLAH rezeki dariNYA.

Kenapa Kita Perlu Simpan EMAS?

Emas merupakan aset bernilai selain wang, kereta, hartanah.

Dibandingkn kereta & hartanah ....Emas mudah ditunaikan disaat kita memerlukan duit. Duit banyak mana kita simpan ia tetap begitu. Berbanding Emas...makin lama makin tinggi nilainya.

Emas adalah aset juga perhiasan..

Bertindak sekarang.. Emas makin hari makin naik harga. Beli la emas sekarang sementara harga masih lagi murah.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller

Menjual Barang Kemas Tanpa Upah & Tanpa 6% GST

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.. Salam 1 Malaysia & Salam GST..

Bermula 1 April 2015 Malaysia melancarkan GST. Apakah GST? GST adlh cukai kepenggunaan yg dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Lately issue GST hangat diperkatakan. Masing2 merungut dgn beban GST. Even saya sendiri pun turut merasa keperitan penangan GST ni. Apa yg perlu kita lakukan

adlh berjimat & jadilah pembeli yg bijak.

Tahukah anda??

Sekiranya anda membeli barang kemas dikedai emas, anda akan dikenakan kos UPAH dan 6% GST!!

Harga Emas + Upah + (6% GST dari harga emas + upah) = harga barang kemas yang anda beli.

Contoh Pengiraan Harga dan Perbandingan Harga MZSB Gold :


RT Pasir Gantung Love
Berat 7.3g
Harga Per Gram RM170
Upah RM240
6% GST RM88.86
Panjang 17cm

Harga per gram X Berat + Upah + 6% GST = Harga barang kemas yg anda beli

RM170 X 7.3g = RM1241
RM1241 + RM240 = RM1481
RM1481 + 6% = RM1569.86
Harga slps tmbh Upah dan 6% GST ialah
RM1569.86

Semestinya barang kemas yang anda beli akan menjadi bertambah mahal.

Dengan MZSB Gold, kami menjual Barang Kemas TANPA UPAH dan TANPA 6% GST.

RT Pasir Gantung Love
Berat 7.3g
Harga Per Gram RM155 (*harga mungkin akan berubah bergantung pd harga emas semasa)
Upah RM0
6% GST RM0
Panjang 17cm

Harga per gram X Berat = Harga barang kemas yg anda beli

RM155 X 7.3g = RM1131.50
Harga barang kemas MZSB Ent hanya RM1131.50

Perbandingan Harga MZSB Gold dan Harga di Kedai Emas.

>> Harga barang kemas MZSB Ent hanya RM1131.50
>> Harga barang kemas kt kedai emas RM1569.86
Membeli dengan kami MZSB Gold anda jimat RM438.36

Jadilah pembeli yang bijak!! Jimat wang anda. Setiap sen yang anda belanjakan sangat bernilai. Fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu agar tidak berlaku pembaziran.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller