Thursday, December 31, 2015

Nur Husna Dalam Kenangan - 2014

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh saya tak tulis n3, actually byk benda yg saya nk tulis tapi masa yg tk mengizinkan saya utk update blog kesayangan saya ni...

Hari ni 31 Disember 2015 hari terakhir tahun 2015, dan hari ni juga kami sekeluarga sempat menziarah pusara anak kami Nur Husna.. Dari hari ke hari ingin menziarah pusara Nur Husna namun masa tidak mengizinkan.. Hati ini sangat2 merindui anak kami hanya Allah saje yg tahu. Ini adalah kali ke-3 kami melawat pusaranya.. Usia pemergiannya kini 1thn 7bulan... rasanya baru semalam dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.. 

Semoga anak Mama & Abah tenang di sana bersama Pencintamu.

Doa kami..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
اَللّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِوَالِدَيْهِ وَذُخْرًا وَشَفِيعًا مُجَابًا اَللّهُمَّ ثَقِّلْ بِهَا مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُورَهُمَا وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ سَلَفِ اْلمُؤْمِنِينَ وَاجْعَلْهُ فيِ كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ جَهَنَّمَ
“Ya Allah, jadikan dia mendahului (yang menunggu) kedua orang tuanya, simpanan dan pemberi syafaat yang dikabulkan. Ya Allah, beratkanlah timbangan pahala keduanya dengan (kematian)nya dan besarkanlah pahala keduanya dengan (kematian)nya. ikutkan dia dengan orang shalih generasi terdahulu orang-orang yang beriman. Jadikanlah dia dalam jaminan Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmat-Mu dari seksa Jahanam.”
Ameen Yaarabbal'Alamin..






Nur Husna : 
Masa Kelahiran 12:12am 
Tarikh 03/05/2014 
Berat 520g 
Panjang 29cm
Ukur lilit kepala 19cm
Usia kandungan 22 minggu

Saturday, April 4, 2015

Kenapa Saya Menjual Emas?

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.. 

N3 kali ini saya nk share kenapa saya minat sangat dengan barang kemas atau emas 916/999. Dan bagaimana saya boleh menceburkan diri dalam dunia biz emas ni.

Asalnya saya beli utk pakai sendiri, lama2 saya plak yg menjual barang kemas. Saya tak pernah terfikir yg satu hari saya boleh menjual emas.. Semuanya tanpa saya plan.. Allah yg takdirkan saya menceburkan diri dalam biz emas ni. 

Saya ni peminat tegar emas. Saya rela menabung sbb nak beli emas. Saya rela tak beli hp atau baju mahal semata2 simpan duit utk beli emas. Bagi saya emas sangatlah bernilai dan sangat berguna disaat2 saya memerlukan. Agak2 kalau beli hp atau baju mahal2 time terdesak nak guna duit.. hp dan baju tadi boleh gadai tak?? Jawapan : TIDAK!! Tak de sape pun nak dgn hp dan baju mahal yg kita beli tu. TAPI kalau barang kemas jgn risau..pergi je mana2 arrahnu diorang akan terima barang kemas kita tu. On the spot dapat cash!!

Saya terdedah dgn emas sejak dari kecil. Keluarga saya bukan keluarga yg berada, kami adik beradik ramai.. 7 org. Saya ingat lagi emak saya suka beli emas. Duit hasil menabung dia beli emas. Tak dpt beli besar, kecil pun jadilah. Atleast beli emas. 'Sesak2 boleh gadai' katanya. Bila time nak guna duit urgent, jalan yg kami ada adalah gadai brg kemas.. pastu dh ada duit pergi tebus balik. Nk buat loan bank.. mak ayah kerja kampung mana layak utk buat loan bank. Satu2nya jalan yg kami ada adalah gadai barang kemas. Alhamdulillah masih ada jalan buat kami..

So dari situ saya nampak pentingnya ada barang kemas atau emas. Macam saya, byk benda yg saya buat dengan barang kemas saya, settle loan MARA saya gadai brg kemas, nk bayar downpayment rumah, saya gadai brg kemas. Pergi private hospital pun saya gadai barang barang. Nk buat rolling biz saya gadai barang kemas. Pendek kata banyaklah faedah dengan simpan barang kemas. 

Permulaan saya menceburkan diri dalam biz emas adalah pada satu hari tu, saya ada beli barang kemas Future Stock dgn Seller ni. Dia pegawai bank tapi dia buat part time jual emas. Harga emas future stock agak murah berbanding dgn harga emas di kedai emas. Pastu saya promote kt kawan2.. promote dengan niat agar kawan2 turut menabung. Saya share pengalaman dan faedah beli emas kt diorang. Diorang mula nampak pentingnya beli emas banding dgn benda lain. Dari sorang ke sorang beli dengan saya.. sehinggalah ke hari ini. ALHAMDULILLAH rezeki dariNYA.

Kenapa Kita Perlu Simpan EMAS?

Emas merupakan aset bernilai selain wang, kereta, hartanah.

Dibandingkn kereta & hartanah ....Emas mudah ditunaikan disaat kita memerlukan duit. Duit banyak mana kita simpan ia tetap begitu. Berbanding Emas...makin lama makin tinggi nilainya.

Emas adalah aset juga perhiasan..

Bertindak sekarang.. Emas makin hari makin naik harga. Beli la emas sekarang sementara harga masih lagi murah.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller

Menjual Barang Kemas Tanpa Upah & Tanpa 6% GST

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.. Salam 1 Malaysia & Salam GST..

Bermula 1 April 2015 Malaysia melancarkan GST. Apakah GST? GST adlh cukai kepenggunaan yg dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Lately issue GST hangat diperkatakan. Masing2 merungut dgn beban GST. Even saya sendiri pun turut merasa keperitan penangan GST ni. Apa yg perlu kita lakukan

adlh berjimat & jadilah pembeli yg bijak.

Tahukah anda??

Sekiranya anda membeli barang kemas dikedai emas, anda akan dikenakan kos UPAH dan 6% GST!!

Harga Emas + Upah + (6% GST dari harga emas + upah) = harga barang kemas yang anda beli.

Contoh Pengiraan Harga dan Perbandingan Harga MZSB Gold :


RT Pasir Gantung Love
Berat 7.3g
Harga Per Gram RM170
Upah RM240
6% GST RM88.86
Panjang 17cm

Harga per gram X Berat + Upah + 6% GST = Harga barang kemas yg anda beli

RM170 X 7.3g = RM1241
RM1241 + RM240 = RM1481
RM1481 + 6% = RM1569.86
Harga slps tmbh Upah dan 6% GST ialah
RM1569.86

Semestinya barang kemas yang anda beli akan menjadi bertambah mahal.

Dengan MZSB Gold, kami menjual Barang Kemas TANPA UPAH dan TANPA 6% GST.

RT Pasir Gantung Love
Berat 7.3g
Harga Per Gram RM155 (*harga mungkin akan berubah bergantung pd harga emas semasa)
Upah RM0
6% GST RM0
Panjang 17cm

Harga per gram X Berat = Harga barang kemas yg anda beli

RM155 X 7.3g = RM1131.50
Harga barang kemas MZSB Ent hanya RM1131.50

Perbandingan Harga MZSB Gold dan Harga di Kedai Emas.

>> Harga barang kemas MZSB Ent hanya RM1131.50
>> Harga barang kemas kt kedai emas RM1569.86
Membeli dengan kami MZSB Gold anda jimat RM438.36

Jadilah pembeli yang bijak!! Jimat wang anda. Setiap sen yang anda belanjakan sangat bernilai. Fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu agar tidak berlaku pembaziran.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller

Sunday, March 29, 2015

Koleksi Testimoni Pembeli Barang Kemas Kami

Teks : Siti Bid

Alhamdulillah... 
Kami memulakan Biz Barang Kemas sejak tahun 2013. Bermula secara kecil2an sehinggalah sekarang sambutan sangat2 mengalakkan sehinggakan tak menang tangan kami dibuatnya. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi. Rezeki Allah buat kami sekeluarga. Segala nikmat hanya dari Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah yg membeli dari kami bukan setakat dari semenanjung malah Sabah dan Sarawak pun ada. Bukan setakat Melayu, bangsa lain pun turut membeli dengan kami.

Di sini saya paparkan Testimoni Pembeli kami yg sempat kami snap untuk anda melihat dan menilai servis kami.

Testimoni Pembeli 1

   Testimoni Pembeli 2

    
Testimoni Pembeli 3

   
Testimoni Pembeli 4

  
 
Testimoni Pembeli 5

Testimoni Pembeli 6

Testimoni Pembeli 7

Testimoni Pembeli 8

Testimoni Pembeli 9

Testimoni Pembeli 10

Testimoni Pembeli 11

Testimoni Pembeli 12

 Testimoni Pembeli 13

Tanpa sokongan dari customers, kami tidak mungkin bertahan sampai ke hari ini. Ini semua hasil dari sokongan padu dari customers kerana sudi membeli dan memberi sepenuh kepercayaan kepada kami dalam urusniaga ini. To my dear customers, TQSM..! TQSM again for support. Kami amat menghargainya...

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller

Saturday, March 28, 2015

Lahirnya Permata Hati Kami Yang Kedua Fuad Rayyan

Teks : Siti Bid

Kelahiran anak kedua kami Fuad Rayyan merupakan detik bersejarah buat kami sekeluarga. Penantian selama 6 tahun akhirnya membuahkan hasil setelah 2 kali percubaan gagal di mana saya mengalami 2 kali keguguran sebelum 'lekat'nya Fuad Rayyan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur kehadratMU Ya Allah..

Mengandungkan Fuad Rayyan bukan sesuatu yg mudah, setiap minggu jumpa Gynea dan setiap minggu jupa Gynea akan buat altrasound utk memantau keadaan janin supaya dlm keadaan selamat. Byk dugaan yg saya tempuh sepanjang mengandungkan dia.. 

Bulan puasa di mana semua umat Islam berpuasa tapi saya tak boleh puasa sbb kena mkn yg gynea bekalkan tanpa gagal. Pernah saya cuba utk puasa tapi berlaku pendarahan dan terpaksa admit @ Hospital Pantai Ampang selama 2 hari. Masa tu harapan hanya 50-50. Dan masa tu jugalah saya serahkan 100% pada Allah.. pada saya tiada lagi harapan namun Allah Maha Kuasa.. Atas kehendakNYA Fuad Rayyan masih lagi bertahan.. Alhamdulillah.. lepas pada kejadian tu saya tidak lagi berani utk skip ubat yg gynea kasi. Alhamdulillah dengan izinNYA anak kami selamat.

Pada detik 24/03/2012 @ 09.51AM lahirnya permata hati kami FUAD RAYYAN secara caeser by Dr Suhaimi Isa @ Hospital Pantai Ampang yg disaksikan oleh Abahnya Mohammad Zainudin Mahadi dibilik OT. 



Sepatutnya minggu kelahiran Fuad Rayyan adalah minggu di mana Gynea akan set tarikh utk caesar namun tak sempat nk set tarikh Fuad Rayyan dh keluar secara emergency (tak plan). Bersalin awal dari due date..

Hari kedua kelahirannya, dia mengalami jaundis yg yg teruk dan perlu menjalani rawatan di bawah "photo". Dalam 6 hari dia terpaksa tahan diward dan diletakkan di bawah photo.



Lahirnya dia tidak sesempurna anak2 lain di dunia.. Lahirnya istimewa dgn kakinya bengkok (CTEV) atau dengan kata lainnya Club Foot and mengidap G6PD. Kami akur dgn ketentuan Allah. Redha dgn takdir Allah..Namun kami berusaha dan berikhtiar utk normalkan kaki anak kami agar dia dapat berjalan seperti kanak2 lain kelak. 


Maka dengan itu Pakar Orthopedic @ Hospital Pantai Ampang Dr Palani menasihatkan kami agar menjalani rawatan utk membetulkan kaki anak kami. Kami berfikir panjang kerana dlm usia baby 3 hari kena start dengan procedure POP (simen kedua2 belah kaki dari hujung kaki ke paras peha. Ianya bukan sesuatu yg mudah utk menyimen kaki baby yg berusia 3 hari namun kami terpaksa teruskan untuk kebaikan dia kelak. Kami harus kuat untuk menghadapi ujian ini. Kalau kami tak kuat, utk jangka masa panjang.. kecian kat dia nanti bila dh besar kaki tak seperti org lain.. lebih teruk lagi tak dpt berjalan seperti kanak2 lain. So dengan itu, kami gagahkan juga utk teruskan rawatan kaki anak kami.






Setiap minggu kena buka simen dan pasang simen baru.. ianya bukan sesuatu yg mudah. Setiap kali buka simen dan setiap kali pasang balik simen baru.. hati kami luluh melihat keadaannya. Menangis sakan sampai habis suara namun terpaksa kami telan demi utk kebaikan dia kelak.. Ada satu ketika kami dh tak sanggup nk teruskan rawatan ini tapi bila fikir masak2 kami perlu teruskan.. demi dia!! 

Rawatan ini diteruskan sehinggalah umur dia 6 bulan kemudian dia akan menjalani pembedahan memotong urat keting. Dalam masa 6 bulan menjalani rawatan simen kaki mcm2 dugaan dan halangan. Kami terpaksa ON OFF rawatan kaki kerana anak kami mengalami masalah saluran pernafasan aka asma. Kerap masuk ward.. 

Dlm masa yg sama juga, kami survey dr lain utk memastikan anak kami merima rawatan terbaik kami survey doktor pakar yg terbaik kt Malaysia. Google punya google maka jumpa la dgn satu blog ni..
http://footandankleproblems.blogspot.com/ 
DR. KHAIRUL FAIZI MOHAMMAD (Orthopaedic Surgery) maka kami pun tukar ke dr ni. So pindah ke Hospital Pantai Cheras.

Dalam memastikan anak kami mendapat sentuhan yg terbaik dari doktor yg terbaik, kami masih diuji.. Ada satu ketika semasa proses memotong simen menggunakan mesin pemotong, mata pemotong simen tu terkena pada kaki anak kami... luluh hati kami melihatnya.. Ya Allah berat sungguh dugaanMU. Ikutkan memang nak je saman dr tu tu tapi bila dipk2..semua tu berlaku atas kehendakNYA.. maka kami redha dengan apa yg berlaku.





Sejak dari kejadian itu, asal time buka simen je.. pada mlmnya mesti kami tak tidur mlm sbb usaha memotong sendiri simen hanya dengan menggunakan cutter. Gigih kami potong sikit demi sedikit demi utk mengelak dari berlakunya perkara tersebut berulang kembali. Bukan senang memotong simen hanya dengan menggunakan cutter, mcm2 jenis cutter kami beli. Masa proses membuka simen tu, kami buat pada waktu pagi semasa anak kami nyenyak tidur supaya kerja2 memotong berjalan lancar.. sbb itulah kami tak tidur demi mencari peluang utk membuka simen tu. 

Esoknya masa kt hospital dr terkejut sbb kami buka sendiri simen tu.. siap dr tanya mcm mana buka.. hairan dr dibuatnya... Demi anak kami, kami sanggup buat apa sahaja. Itulah Ibu dan bapa!! Keadaan ini berlaku sehinggalah usia anak kami berusia hampir 1 tahun. 

Selepas pembedahan, kami anak kami terus disimen sehinggalah sebulan tanpa buka utk memastikan kaki anak kami dalam posisi yg sepatutnya. Lepas dh buka simen anak kami kena pakai "Brown shoes" with brace.


Anak kami mengidap asma sejak dari umur 3 bulan...hampir setiap bulan masuk ward kerana masalah batuk terus dan lelah. Pernah 2 kali masuk HDU/ICU @ Hospital Pantai Ampang. Ward Hospital Patai Ampang adalah rumah kedua bagi anak kami. Semua dr dan nurse kt situ kenal sgt dgn dia. Dugaan...

Alhamdulillah.. Diusia dia 2 tahun, dia dpt berjalan hampir 80% normal dan dia dapat bertahan dari admit. 

Inilah anak kami FUAD RAYYAN.. orgnya selalu ceria dan tak banyak kerenah..

Tuesday, March 24, 2015

My Mini Office @ Home

Teks : Siti Bid


Alhamdulillah.. Setelah 2-3 hari survey meja study merangkap workstation akhirnya jumpa juga meja yg sesuai dgn ruang bilik kami. Ianya merupakan mini officeku kt rumah. Susah benor tk de workstation ni.. Lastly hari ni den beli la sebiji.. simple tapi selesa...hehheh

5 kedai perabot kitorang survey, semuanya tawarkan harga dlm RM450-RM499. Nasib kami baik, kedai perabot yg kami pergi hari ni offer harga RM330 terus kami grab peluang tu. Ptg ni juga suruh diorg hantar kt rumah.

My mini office @ home

Den beli meja ni dengan harapan lepas ni rajin update blog yg sudah bersawang 3 bulan tak sentuh. 

Dengan adanya workstation ni semua urusan bisness senang diuruskan dan berjalan lancar dan dpt kembangkan lagi biz shaklee dan biz Barang Kemas Emas 916 yg merupakan minat utama den.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

Anda juga boleh menghubungi kami..
Siti Bid +60102207131
Dean Mahadi +60102207031
Ur trusted Gold Seller