Saturday, December 13, 2014

KENAPA kita perlu VITA-C Shaklee??

Teks : Siti Bid

Bersempena bulan promosi SR Vita-C Plus Shaklee, so saya nak share pasal kebaikan dan kepentingan Vitamin C utk tubuh kita. Kenapa tubuh kita memrlukan vitamin C?

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan, sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung, masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki. Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Sustained Release Vita-C 500mg

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. 

Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan, anema dan adema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak, demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
  • Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari?

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara. Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. 

Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Tuesday, December 2, 2014

Misi JJCM - Nasi Lemak Saleha

Teks : Siti Bid

N3 kali ni tentang Misi JJCM - Nasi Lemak Saleha yang terletak di Kampung Pandan Dalam. Dek kerana Nasi Lemak Saleha masuk JJCM ahad lepas.. Hari ni kitorang menjejaki kedai Nasi Lemak Saleha. Memang tidak menghampakan.. Memang besttt!!! Terbaekkk. Best sebab sambalnya dan yang paling best harganya berpatutan. Kitorang siap menambah.. siap tapau lagi..hehehe. Rezeki kami hari ni.. Alhamdulillah.

Alamat kedai;
NASI LEMAK SALEHA
Jalan Pandan Kemajuan A, 
Kampung Pandan Dalam, 
55100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Tel : 012-718 0400

Kami order;

1. Nasi lemak ayam goreng
2. Nasi lemak telur mata
3. Laksa Penang
4. Nasi lemak biasa
5. Milo Ais, Teh O, Ais 0
6. Nasi lemak double lauk sotong banjir
Total RM20.30
Suasana didepan kedai Nasi Lemak Saleha

Mr Suami & Anak2 sedang menikmati hidangan 

Menu pilihan kami

Nasi lemak double sotong banjir

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Saturday, November 29, 2014

Tak kenal Maka Tak Cinta..Dah Kenal Tergila2!

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt...
Agak lama tak update blog.. bulan ni sangat bz. Bz dgn biz Shaklee.. bz dengan biz emas.. bz dengan anak yang tak sihat dan bz dengan kerja2 kat opis sampaikan langsung tak berpeluang nak update blog.

N3 kali ni saya nak share pasal kawan2 saya tegur yang saya kelihatan kurus... kurus ke??? hihiihi. Mlm semalam adik dan kakak ipar saya yang tegur kami laki bini nampak slim... kat opis plak kengkawan tegur yang saya nampak kurus atau dengan kata lainnya nampak slim... berbunga2 hati ni org ckp saya kurus. Maknanya apa yang saya amalkan selama ni memang menjadi. Nak tahu apa yang saya amalkan???

OKlah saya share apa yang saya amalkan... 

1st saya amalkan makan suplemen Shaklee (Omega Guard, Lecithin, Alfalfa Complex, Vita-Lea, Vita C, Vita E, Cinch Shakes, Cinch Tea). Saya love sangat dengan produk2 Shaklee. Biarlah apa org nak kata, saya tetap dengan pendirian saya. Kenapa saya love sangat sbb bagi saya produk Shaklee memang berkesan. 

Pernah suami saya tanya "apa yang best sangat mama duk makan produk Shaklee?". Saya tak cakap banyak cuma saya jawab "yang makan je yang tahu apa rasa dia". Sehinggalah pada suatu petang saya ajak dia pergi jogging satu family kat taman permainan Pandan Indah. Masa tu memang saya nampak sangat badan dia dah berisi. So saya ajak dia jogging, sambil tu saya bancuhkan Cinch Tea utk kami minum sebelum dan semasa jogging. 

Dia minum dan dia rasa ada kelainan pada Cinch Tea.. dia rasa Cinch Tea sangat membantu semasa berjogging. Sejak dari itulah asal pergi jogging wajib bancuh Cinch Tea. Kalau dulu jarang pergi jogging tapi sekarang kerap dia jogging sbb dia rasa badan tak lemau spt sebelum ni. Sejak amalkan Cinch Tea dia rasa bertenaga, badan tak cepat lemau dan tak mengantuk. Dari situlah dia mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Mula2 suka Cinch Tea, pastu kebetulan dia sakit kaki saya suruh dia makan Ostematrix. Malamnya mkn Ostematrix, esoknya sakit kaki hilang. Pastu dia cuba plak Vita-Lea, pastu Vita E, kemudian Vita C dan lain2. 

Sekarang kami memang consume suplemen Shaklee.. Tak kenal maka tak cinta.. dh kenal tergila2...hihihi.. Part yang paling best, dulu suami saya memang tak mkn suplemen kalau saya tak ambik kasi kat dia, tapi sekarang dia sendiri yang ambil makan... kalau dulu selalu lupa nak makan tapi sekarang dah tak lupa.. sentiasa ingat time makan suplemen.

2nd saya amalkan naik dan turun tangga. Memandangkan saya ni pergi kerja naik LRT makanya saya cuba elakkan guna escalator tapi gunakan tangga. Especially tangga kt Sttn LRT Masjid Jamek.. ada 148 anak tangga. Hari2 saya panjat tangga.. 

3rd saya ubah prinsip.. "makan untuk hidup bukan hidup untuk makan".. hihiihi

Inilah suplemen yang wajid ada kt rumah saya untuk kegunaan kami sekeluarga

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Tuesday, October 28, 2014

Suamiku Dengan Cinch Teanya

Teks : SIti Bid

Assalamualaikum wbt..


Hari ni saya nak share pasal pengalaman suami saya consume Cinch® Energy Tea Mix untuk turunkan berat badan. Untuk pengetahuan, suami saya ni susah beno nk konsisten mkn suplemen. Dia makan ikut suka hati dia je.. time ingat dia mkan la, time lupa dia tak makan. TAPI Cinch Tea memang dia tak lupa. Dia akan minum setiap kali pergi jogging. Sebelum pergi jogging dia akan minta saya untuk bancuh Cinch Tea memandangkan dia tak pandai nak bancuh. Sebab kalau saya bancuh, saya taruk lemon & madu. So Cinch Tea akan rasa bertambah sodap...hehhehe

Alkisahnya pagi ni punya cerita..

Tetiba my asbend berkata "Mma bagus la Cinch Tea ni!! Abh rasa best sgt minum cinch tea ni... Badan rasa cergas, badan ni dh tak penat mcm dulu.. Mama patut promote cinch tea ni sbb dia boleh kuruskan badan dgn cepat. Abh baru berapa kali minum tapi badan dah rasa lain... Dh rasa kurus. Perut pun dh surut skit banding dgn sblm ni (sambil tunjuk perutnya yg tak berapa nk sexy..hehhe ;P)"

Dalam hati nak tergelak je.. Kalau tak berkesan mananya Che Bid nk jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya dah lama loved dgn produk Shaklee. Sebelum ni bukan main saya suruh dia makan itu ini tapi dia buat dunno je...huhuhu. Sehinggalah pagi tadi boleh dia bagi pendapat supaya saya promote Cinch Tea tu kaw2 sbb mmg merbeles!! Alahai suamiku..hihihi

 Cinch® Energy Tea Mix

Kepada anda diluar sana yang ingin turunkan berat badan cuba la produk Shaklee.. InsyaAllah anda puas hati selagi mana anda makan dengan konsisten. Kalau makan tak konsisten jangan salahkan saya.. salah anda sbb tak makan.. 'Mana nak dapat sagu jika tidak pecahkan ruyongnya"... hehhe

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Faedah Dan Kebaikan Lecithin

Teks : Siti Bid

N3 kali ini adalah tentang Lecithin. Saya akan share apakah fungsi Lecithin, Kandungan Lecithin dan faedah dan kebaikan Lecithin. Lecithin adalah antara suplemen Shaklee yang saya sangat suka selain Omega Guard, Cinch Shake, Cinch Tea dan lain2.

Lecithin

Fungsi utama Lecithin pada asasnya adalah sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Apakah kandungan Lecithin?
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Apakah kegunaan Lecithin?
  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  4. Membantu kawal paras triglycerides.
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Lecithin sebenarnya adalah campuran semulajadi phospholipid. Walaupun Lecithin bukanlah nutrien penting, ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menjadikan ianya bernilai termasuk sebagai sebahagian daripada rutin tambahan harian. Ia melindungi sel-sel anda dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan, nutrien dan ion dalam dan di luar sel-sel, sambil mengekalkan struktur sel yang kuat untuk mengekalkan bentuknya.

Faedah dan kebaikan Lecithin
  • Menggalakkan penurunan berat badan yang sihat. 
Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme. Ia telah digunakan agak berkesan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk menggalakkan penurunan berat badan. Terbaik dari semua kerana ia adalah semulajadi, Lecithin membolehkan badan kita untuk mengurangkan berat badan dengan betul tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kemudaratan di kawasan-kawasan lain kesihatan kita.
  • Merendahkan kolesterol. 
Manfaat Lecithin untuk menurunkan kolesterol yang terkenal kerana ia telah digunakan selama beberapa dekad dalam merawat pesakit dengan kolesterol tinggi. Ia mengawal aliran nutrien dalam dan di luar sel-sel anda dan mencegah pembentukan lemak pada dinding jantung, arteri dan otak dengan memecahkan lemak. Atas sebab ini, ia bukan sahaja faedah paras kolesterol, tetapi juga kesihatan kardiovaskular kita juga.
  • Penting untuk kesihatan hati. 
Doktor dan saintis telah dikenali untuk beberapa lama bahawa lesitin dan choline kedua-duanya adalah penting untuk fungsi hati dan kesihatan. Dengan mengekalkan lemak hati tersebar dalam air, lesitin dan choline boleh menghalang mereka daripada lemak terkumpul. Juga, kerana mereka mengawal aliran nutrien dalam dan di luar, mereka boleh dasarnya mengusir toksin dari hati anda sebelum mereka menyebabkan kemudaratan.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Sunday, October 19, 2014

TIPS Panjat Tangga Tanpa Rasa Penat Dan Mengah

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..


Entry kali ni saya nak share satu tips panjat tangga tanpa rasa penat dan mengah. Tipsnya cukup senang dan mudah. Ini saya sendiri yang buat eksperimen.

Saya hari2 pergi kerja naik LRT Ampang - Kelana Jaya (LRT Star Ampang & LRT Putra Kelana Jaya). Naik dari Stesen LRT Star Ampang then transit kat Stesen LRT Masjid Jamek. Naik pula LRT Putra ke Kelana Jaya. 

Memandangkan saya dalam # Misi Untuk Kurus dan Sihat, maka dengan itu saya tidak lagi menggunkan escalator. Saya memilih untuk panjat tangga. Saya seorang ibu yang bekerja, jadi saya tiada masa untuk pergi berjogging atau beriadah. Maka saya ambil peluang beriadah dengan memanjat tangga. Memanjat tangga adalah sangat baik untuk kesihatan kardio (jantung).

Memanjat tangga bukan sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan kecuali dalam keadaan yang terdesak. Sudah pasti kita akan rasa penat dan mengah. Terutamanya bagi anda yang jarang2 naik tangga.

Tipsnya senang je.. Sambil2 panjat anak tangga sambil2 reply wassap. Sambil2 senggeh sorg2.. Mmg terbukti berkesan. Tk rasa penat. Sebab fokus kita kt wassap bukan pada anak tangga yg kita panjat. Cuba la.. InsyaAllah berkesan...! Jangan tersadung kaki plak ya..

Tahukah anda ?

Dengan memanjat tangga ia dapat membantu mengepam darah ke otak. Aktiviti naik turun tangga yang dilakukan secara berkala bukan saja menghindari penurunan fungsi otak disebabkan peningkatan usia, tetapi membantu mengembalikan kecergasan otak dan  juga jantung.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Friday, October 10, 2014

Hari Raya Aidiladha | 06 Oktober 2014 | KL-Bandar Baru Ampang

Teks : Siti Bid

2nd Day Hari Raya Aidiladha - Menziarahi Pusara Adik Nur Husna

Alhamdulillah...
Sampai jua Mama & Abah serta Kakak Syirah & Abang Fuad menziarah Adik Nur Husna setelah 5bulan 3hari pemergianmu. Sayu sangat hati ni bila melihat pusaranya. Tiada apa yang dapat kami hadiahkan, hanya bacaan ayat2 suci al-Quran dan zikir serta doa yang mampu kami panjatkan kehadratNYA agar Adik Nur Husna tenang dan bahagia disamping penciptanya.

Lega rasa hati ni dapat menziarahi pusara Adik Nur Husna. Dari hari ke hari nak pergi melawat tapi tak kesampaian. Akhirnya hari raya kedua Aidiladha baru kesampaian. Puas hati dapat bersih pusara dan taman pokok serta letak bingkai kt pusaranya..

Inilah pusara Adik Nur Husna anak kami yang ke-5. Semoga Allah merahmati mu Nak! Semoga dirimu menjadi inspirasi buat kami untuk meneruskan perjuang menuju redha Allah.
                                      


Pusara Adik Nur Husna | 03 May 2014 | Bukit Teratai, Ampang

Setiap yang hidup PASTI akan merasai MATI..
Orang yang bijak ialah mereka yang bersiap sedia dengan amalan-amalan kebajikan bagi mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini dalam menuju alam akhirat. Mereka inilah yang berpandangan jauh ke hadapan dalam memikirkan apa kesudahan yang bakal dihadapi nanti.

Sedangkan orang yang jahil ialah orang-orang yang tertutup matanya daripada melihat kesudahan yang akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan dan kelalaian, sehingga tidak dapat mengingati atau memikirkan kematiannya, sekalipun ia mengingatinya namun bukan dengan hati yang lapang, tetapi dengan perasaan yang dibius dengan nafsu kesenangan dan kelazatan kerana ingatan terhadap kematian itu tidak sampai menembusi jiwanya.

FB : Siti Bid
Tel/WhatsApp : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146