Saturday, December 23, 2017

Bihun Pink Kelate

Teks : Siti Bid

Huhhh... lama sungguh saya tak menulis dlm blog kesayangan saya ni.. ni n3 pertama utk tahun 2017.. actually banyak benda yg saya nk tulis tapi masa tak mengizinkan..
OKlah.. n3 kali ni tentang Bihun Pink Kelate.. alkisahnya dh lama mengidam Bihun Pink Kelate.. asbend dan anak2 pn dh lama request nk mkn tapi saya tk confident nk masa sbb tk de sos labu (sos siam). Dek kerana tahap mengidam tu tinggi dan balik kg pn lambat lagi maka saya pn tanya kt "Pak Cik Google".. jumpa mcm2 versi resepi bihun pink... so saya pn study 3 4 blog sbb risau takut rasa tk sama mcm yg Kelate punya.. almaklumlah rupa dh sama color pink, rasa belum tentu sama.. betul tak?? 
End up saya cuba buat pagi ni.. resepi tu saja ejas skit mana yg patut ikut cara saya... Alhamdulillah jadi rasa spt yg diingini.. malah asbend siap cakap "Mama buat lagi sedap..!!" anak2 pun suka makan.. masing2 makan bertambah2... adehhh :P
Tentu korang nk tahu resepi kan? OKlah saya share resepi..

~RESEPI BIHUN PINK KELATE~
 
BAHAN-BAHAN;

1 Paket Bihun - direndam dengan pewarna pink/cochineal. 
1 Ulas Bawang Merah (saya guna bawang merah saiz besar)
7 Ulas Bawang Putih
1 Sudu besar Cili Giling/Chili Flake
1 Senduk Sos Cili
1/2 Senduk Sos Tomato
Sayur Kangkung secukupnya
Udang Kertas/Udang Kering segenggam (udang kering rendam dgn air panas supaya lembut)
Garam & Gula secukup rasa

1/2 Kiub Ayam
Aji secubit
Minyak untuk menumis

Tips :
Rendam bihun guna air suam sbb kalu guna air panas nanti bihun lembik.. nanti masa menggoreng bihun akan hancur/lunyai. Biasa saya rendam mlm seblm tidur guna air paip.. pastu pagi saya campurkan air panas (air panas bila di campur dgn air sejuk maka air akan jadi suam). Rendam kejap je.. agak2 dh lembut skit kemudian ditoskan.. 

CARA MEMASAK;

>> Blend bawang merah dan bawang putih.
>> Tumiskan bahan blend dan cili giling hingga naik minyak.
>> Masukkan udang. Goreng sekejap.
>> Masukkan sos cili dan sos tomato, gula, garam, kiub ayam dan aji.. kacau sekejap kasi mesra. Rasakan masin dan manisnya.. biasa bihun pink ni rasa manisnya lebih tapi make sure manisnya tak pelik.. sesuaikan dgn masin.. kalau pesnya agak pekat maka tambahkan air supaya tidak terlalu kering bila masukkan bihun nanti.
>> Masukkan kangkung.
>> Masukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau hingga sebati supaya pes dan bihun mesra bersama.
>> Siap.

Bihun Pink Kelate.. rare!!

Thursday, March 3, 2016

Koleksi Testimoni Pelanggan SD Corner

Teks : Siti Bid

Hari ni saya nk berkongsi pasal Feedback atau Testimoni Pelanggan SD Corner.

Alhamdulillah... tiada kata yg mampu dilafazkan melainkan ucapan syukur kehadratNYA di atas kurniaan rezeki buat kami sekeluarga. Pembukaan SD Corner mendapat sambutan yg sangat menggalakkan.. Tak sangka sambutan diluar jangkaan kami. 

Pada mulanya kami risau takut2 tak de sambutan, namun Allah Maha Pemurah.. Kami menerima order dari cikgu2 sek dan order ofismate (kwn2 kt Menara TM dan Annexe) sejak dari hari pertama beroperasi. Rata2 yang order memberi great feedback.. Dari hari ke hari SD Corner makin dikenali.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 

Oklah, saya teruskan dgn menayang Feedback atau Testimoni Pelanggan SD Corner. Cakap saje tak guna kalau tak de bukti kan..! So saya tayang gambar ya.. :)

Testimoni Pelanggan 1

Testimoni Pelanggan 2

Testimoni Pelanggan 3

Testimoni Pelanggan 4

Testimoni Pelanggan 5

Testimoni Pelanggan 6

Testimoni Pelanggan 7

Testimoni Pelanggan 8

Testimoni Pelanggan 9

Testimoni Pelanggan 10

Macam mana...? Dh tengok Feedback atau Testimoni Pelanggan SD Corner..?? Kalau dh tengok, anda boleh nilai sendiri sejauh mana SD Corner..

Menu SD Corner
#Nasi Kerabu 
#Nasi Berlauk 
#Akok Kedut 
#Kerepek Cheese Crispy 
#Tapai Pulut

Berminat hubungi kami,

SD Corner
Siti 0102207131
Dean 0102207031

Tuesday, March 1, 2016

List Menu SD Corner

Teks : Siti Bid

Bismillah...

Siapa tahu apa menu SD Corner??

OK, hari ni saya nk berkongsi dgn pembaca tentang menu2 yg terdapat dlm list menu SD Corner

Terdapat 5 Menu Utama SD Corner.
  1. Nasi Kerabu (Ayam @ Ikan) - RM5/pax
  2. Nasi Berlauk (Ayam @ Ikan) - RM5/pax
  3. Akok Kedut - RM2/pax (3pcs)
  4. Kerepek Cheese Crispy -*RM8/Balang
  5. Tapai Pulut (*by request) - RM0.80/cup.
NASI KERABU (AYAM @ IKAN)

Dihidangkan dgn nasi berwarna Royal Blue, Sambal Kelapa, Tumis, Budu, Air Lada, Serbuk White Pepper, Ulam-ulaman, Telur Masin dan Ayam @ Ikan serta Keropok. 

Sememangnya Nasi Kerabu SD Corner mmg marbeles!!! Mempunyai citarasa yg tersendiri olahan by Chef SD Corner.. hehehhe. Nak tahu sedap ke tak kena cuba dulu.. rata2 yg order akan repeat order berkali2. Alhamdulillah memenuhi citarasa pelanggan.


NASI BERLAUK (AYAM @ IKAN)


AKOK KEDUT


TAPAI PULUT


KEREPEK CHEESE CRISPY


Berminat hubungi kami,

SD Corner
Siti 0102207131
Dean 0102207031

SD Corner Milestones

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..

Bismillah..



Isnin, 11 January 2016 bersamaan 1 Rabiulakhir 1437H adalah hari bersejarah buat kami iaitu hari pertama Pembukaan SD Corner. Ianya bertapak di Ampang (Bandar Baru Ampang) dan beroperasi secara dlm talian (online). 

Kami menyediakan menu juadah Masakan Kelantan yg pastinya akan memuaskan hati anda yg bercitarasa Pantai Timur. 

Menu juadah yg kami sediakan adalah :

#Nasi Kerabu 
#Nasi Berlauk 
#Akok Kedut 
#Kerepek Cheese Crispy 
#Tapai Pulut

Sedia menerima Tempahan utk sarapan pagi, mkn tengahari dan makan malam. Kami juga mengalu-alukan tempahan untuk majlis2 keraian dan majlis2 kesyukuran. Special harga (diskaun) akan diberikan sekiranya order melebihi 100pax per delivery.

Menyediakan Servis Penghantaran bagi kawasan2 sekitar Ampang dan kawasan2 yg berdekatan dgnnya serta kwsn sekitar Menara TM. Diluar kawasan Ampang akan dipertimbangkan sekiranya ia berpatutan dengan jumlah order.

ORDER DETAIL
Open Order : Isnin - Jumaat 
Close Order : 8.30PM 
Penghantaran : Bermula Pagi keesokan harinya.
Kawasan Penghantaran : ‪‎Ampang‬ & kwsn2 berdekatan dgnnya serta area ‪Menara TM‬.

Pilihan Menu,

1. Nasi Kerabu (Ayam @ Ikan) - RM5/pax
2. Nasi Berlauk (Ayam @ Ikan) - RM5/pax
3. Akok Kedut - RM2/pax (3pcs)
4. Kerepek Cheese Crispy -*RM8/Balang
5. Tapai Pulut (*by request) - RM0.80/cup.

Kepada anda yg jauh nun di sana, yg ingin merasai keenakan rasa‪ ‎Kerepek Cheese Crispy‬ special dari SD Corner, kami menggunakan perkhidmatan poslaju utk penghantaran. Jauh tidak menjadi masalah..‪‎Poslaju‬ kan adooo...

Berminat hubungi kami,

SD Corner
Siti 0102207131
Dean 0102207031

Thursday, December 31, 2015

Nur Husna Dalam Kenangan - 2014

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh saya tak tulis n3, actually byk benda yg saya nk tulis tapi masa yg tk mengizinkan saya utk update blog kesayangan saya ni...

Hari ni 31 Disember 2015 hari terakhir tahun 2015, dan hari ni juga kami sekeluarga sempat menziarah pusara anak kami Nur Husna.. Dari hari ke hari ingin menziarah pusara Nur Husna namun masa tidak mengizinkan.. Hati ini sangat2 merindui anak kami hanya Allah saje yg tahu. Ini adalah kali ke-3 kami melawat pusaranya.. Usia pemergiannya kini 1thn 7bulan... rasanya baru semalam dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.. 

Semoga anak Mama & Abah tenang di sana bersama Pencintamu.

Doa kami..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
اَللّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِوَالِدَيْهِ وَذُخْرًا وَشَفِيعًا مُجَابًا اَللّهُمَّ ثَقِّلْ بِهَا مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُورَهُمَا وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ سَلَفِ اْلمُؤْمِنِينَ وَاجْعَلْهُ فيِ كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ جَهَنَّمَ
“Ya Allah, jadikan dia mendahului (yang menunggu) kedua orang tuanya, simpanan dan pemberi syafaat yang dikabulkan. Ya Allah, beratkanlah timbangan pahala keduanya dengan (kematian)nya dan besarkanlah pahala keduanya dengan (kematian)nya. ikutkan dia dengan orang shalih generasi terdahulu orang-orang yang beriman. Jadikanlah dia dalam jaminan Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmat-Mu dari seksa Jahanam.”
Ameen Yaarabbal'Alamin..






Nur Husna : 
Masa Kelahiran 12:12am 
Tarikh 03/05/2014 
Berat 520g 
Panjang 29cm
Ukur lilit kepala 19cm
Usia kandungan 22 minggu

Saturday, April 4, 2015

Kenapa Saya Menjual Emas?

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.. 

N3 kali ini saya nk share kenapa saya minat sangat dengan barang kemas atau emas 916/999. Dan bagaimana saya boleh menceburkan diri dalam dunia biz emas ni.

Asalnya saya beli utk pakai sendiri, lama2 saya plak yg menjual barang kemas. Saya tak pernah terfikir yg satu hari saya boleh menjual emas.. Semuanya tanpa saya plan.. Allah yg takdirkan saya menceburkan diri dalam biz emas ni. 

Saya ni peminat tegar emas. Saya rela menabung sbb nak beli emas. Saya rela tak beli hp atau baju mahal semata2 simpan duit utk beli emas. Bagi saya emas sangatlah bernilai dan sangat berguna disaat2 saya memerlukan. Agak2 kalau beli hp atau baju mahal2 time terdesak nak guna duit.. hp dan baju tadi boleh gadai tak?? Jawapan : TIDAK!! Tak de sape pun nak dgn hp dan baju mahal yg kita beli tu. TAPI kalau barang kemas jgn risau..pergi je mana2 arrahnu diorang akan terima barang kemas kita tu. On the spot dapat cash!!

Saya terdedah dgn emas sejak dari kecil. Keluarga saya bukan keluarga yg berada, kami adik beradik ramai.. 7 org. Saya ingat lagi emak saya suka beli emas. Duit hasil menabung dia beli emas. Tak dpt beli besar, kecil pun jadilah. Atleast beli emas. 'Sesak2 boleh gadai' katanya. Bila time nak guna duit urgent, jalan yg kami ada adalah gadai brg kemas.. pastu dh ada duit pergi tebus balik. Nk buat loan bank.. mak ayah kerja kampung mana layak utk buat loan bank. Satu2nya jalan yg kami ada adalah gadai barang kemas. Alhamdulillah masih ada jalan buat kami..

So dari situ saya nampak pentingnya ada barang kemas atau emas. Macam saya, byk benda yg saya buat dengan barang kemas saya, settle loan MARA saya gadai brg kemas, nk bayar downpayment rumah, saya gadai brg kemas. Pergi private hospital pun saya gadai barang barang. Nk buat rolling biz saya gadai barang kemas. Pendek kata banyaklah faedah dengan simpan barang kemas. 

Permulaan saya menceburkan diri dalam biz emas adalah pada satu hari tu, saya ada beli barang kemas Future Stock dgn Seller ni. Dia pegawai bank tapi dia buat part time jual emas. Harga emas future stock agak murah berbanding dgn harga emas di kedai emas. Pastu saya promote kt kawan2.. promote dengan niat agar kawan2 turut menabung. Saya share pengalaman dan faedah beli emas kt diorang. Diorang mula nampak pentingnya beli emas banding dgn benda lain. Dari sorang ke sorang beli dengan saya.. sehinggalah ke hari ini. ALHAMDULILLAH rezeki dariNYA.

Kenapa Kita Perlu Simpan EMAS?

Emas merupakan aset bernilai selain wang, kereta, hartanah.

Dibandingkn kereta & hartanah ....Emas mudah ditunaikan disaat kita memerlukan duit. Duit banyak mana kita simpan ia tetap begitu. Berbanding Emas...makin lama makin tinggi nilainya.

Emas adalah aset juga perhiasan..

Bertindak sekarang.. Emas makin hari makin naik harga. Beli la emas sekarang sementara harga masih lagi murah.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller

Menjual Barang Kemas Tanpa Upah & Tanpa 6% GST

Teks : Siti Bid

Assalamualaikum wbt.. Salam 1 Malaysia & Salam GST..

Bermula 1 April 2015 Malaysia melancarkan GST. Apakah GST? GST adlh cukai kepenggunaan yg dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Lately issue GST hangat diperkatakan. Masing2 merungut dgn beban GST. Even saya sendiri pun turut merasa keperitan penangan GST ni. Apa yg perlu kita lakukan

adlh berjimat & jadilah pembeli yg bijak.

Tahukah anda??

Sekiranya anda membeli barang kemas dikedai emas, anda akan dikenakan kos UPAH dan 6% GST!!

Harga Emas + Upah + (6% GST dari harga emas + upah) = harga barang kemas yang anda beli.

Contoh Pengiraan Harga dan Perbandingan Harga MZSB Gold :


RT Pasir Gantung Love
Berat 7.3g
Harga Per Gram RM170
Upah RM240
6% GST RM88.86
Panjang 17cm

Harga per gram X Berat + Upah + 6% GST = Harga barang kemas yg anda beli

RM170 X 7.3g = RM1241
RM1241 + RM240 = RM1481
RM1481 + 6% = RM1569.86
Harga slps tmbh Upah dan 6% GST ialah
RM1569.86

Semestinya barang kemas yang anda beli akan menjadi bertambah mahal.

Dengan MZSB Gold, kami menjual Barang Kemas TANPA UPAH dan TANPA 6% GST.

RT Pasir Gantung Love
Berat 7.3g
Harga Per Gram RM155 (*harga mungkin akan berubah bergantung pd harga emas semasa)
Upah RM0
6% GST RM0
Panjang 17cm

Harga per gram X Berat = Harga barang kemas yg anda beli

RM155 X 7.3g = RM1131.50
Harga barang kemas MZSB Ent hanya RM1131.50

Perbandingan Harga MZSB Gold dan Harga di Kedai Emas.

>> Harga barang kemas MZSB Ent hanya RM1131.50
>> Harga barang kemas kt kedai emas RM1569.86
Membeli dengan kami MZSB Gold anda jimat RM438.36

Jadilah pembeli yang bijak!! Jimat wang anda. Setiap sen yang anda belanjakan sangat bernilai. Fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu agar tidak berlaku pembaziran.

Kepada anda yang ingin membeli barang kemas secara Cash atau Ansuran Bulanan bolehlah berkunjung ke Group FB kami 
Anda juga dialu2kan untuk JOIN group kami.

Untuk memilih design brg kemas, anda hendaklah pergi ke bhgian Photos dan komen di gambar yang berkenan.

PM kami di FB utk keterangan lanjut.
Siti Bid | +60102207131
Dean Mahadi | +60102207031
Ur trusted Gold Seller