Saturday, June 14, 2014

Set Kurus Shaklee

Teks : Siti Bid

Jom Kurus Bersama Set Kurus Shaklee! 

Pastikan pengambilan makanan yang betul

Untuk kurus kita kena ada ilmu. Disamping ilmu kita kena berazam untuk kurus barulah kita boleh kurus. Ada org dia nk kurus tapi disebabkan dia tak de ilmu maka usaha yg dilakukan hanyalah sia2.

Ketahui Rahsia Cara Kurus Paling Mudah dan Murah bersama Shaklee. Sesiapa saja pasti mampu dan tidak ada alasan lagi kecuali tidak ada kekuatan diri dan disiplin. Tanpa kemahuan dan disiplin samalah dengan cerita angan-angan Mat Jenin sahaja.

Cabaran utamanya ialah ramai merasakan mereka makan sikit saje tapi badan tetap naik? Makan Sikit? Istilah Sikit dan banyak adalah sangat subjektif kan..pada yang selera makannya besar, sikitnya tentu berbeza dengan mereka yang selera makannya kecil. Rata-rata kajian menunjukkan sebab berlakunya pertambahan berat badan ialah berpunca dari makanan. Samada makan banyak atau makanan yang tinggi kalori seperti tinggi lemak dan gula.

Cuba amalkan cara kurus paling mudah dan murah dibawah dan lihat bagaimana selera dan badan anda akan mula menurun selepas mengamalkannya. Tiada shortcut untuk kurus, penurunan secara drastik tidak baik untuk buah pinggang dan kesihatan secara keseluruhan.

Dalam Set Kurus Shaklee terdapat :
  1. Alfalfa Complex -> DETOKS
  2. Lecithin -> Pecah Lemak
  3. Omega Guard -> Bakar Lemak
  4. Cinch Shake -> Bina Otot
  5. Cinch Energy Tea Mix -> Energy Booster

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex

Alfafa merupakan agen detoks. Ianya berfungsi merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Yang paling penting ia semulajadi.

Kenapa Perlu Detoks?
Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.


Lecithin
Lecithin

Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya ia dibawa keluar.


Omega Guard
Omega Guard

Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin.

Leptin memberitahu badan anda (otak) untuk mengurangkan selera makan  anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan 

Leptin meningkatkan metabolisme  anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid mengawal metabolisme anda) 

Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku. Anda akan merasa lapar, dan badan akan menyimpan lebih banyak lemak. 


Cinch Shake

Cinch Shake

Kandungan dalam Cinch Shake diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda dalam menurunkan berat badan.

Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat:
  • 24 gram protein, 
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 
  • 6 gram serat larut
Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle).


Cinch® Energy Tea Mix

Cinch® Energy Tea Mix

Cinch Energy Tea Mix ini diambil bersama-sama dengan Cinch Shake Mix Shaklee dan produk-produk untuk tujuan pelangsingan lain yang telah dicadangkan oleh Shaklee. Energy Tea Mix dapat diminum sebagai snek ataupun minuman ringan waktu petang terutamanya bagi penggemar teh. Energy Tea Mix Shaklee adalah kurang gula dan semestinya sangat bagus untuk kesihatan. 

Kebaikan Cinch® Energy Tea Mix
  1. Selamat dan merupakan penggalak tenaga semulajadi
  2. Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  3. Pilihan alternatif terbaik menggantikan kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  4. Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis 

Cara pengambilan set kurus Shaklee

* Alfafa
5 biji alfafa sebelum breakfast
5 biji sebelum tidur

* Lecithin
3 biji selepas lunch
3 biji selepas dinner

* Omega Guard
1 biji selepas breakfast
1 biji selepas lunch
1 biji selepas dinner

* Cinch shake.
1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water. Guna shaker.
Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement.nak biasakan badan dengan pengmbilan cinch shake sebagai meal replacement. Samada bfast,lunch atau dinner. Apabila habis 1 canister. Ambil 2 kali sehari.. kesan penurunan lagi cepat..ambil bfast-lunch, bfast-dinner atau lunch -dinner.

* Cinch Energy Tea Mix
1-2 sticks sehari bila2 masa. Blh hidang sejuk atau panas. Blh dipelbagaikan variasi penyediaan. Add honey, ginger, mint dll. Suka hati nak minum cmne..berfungsi sebagai energy booster  ..fokus bertambah..

Nota : Pastikan sehari mesti minum air paling sikit 2 liter. Boleh minum air segelas setiap sejam

Kunci kepada kejayaan PENURUNAN BERAT BADAN DI ATAS IALAH DISIPLIN & ISTIQAMAH…dan amalkan gaya hidup sihat.

FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Friday, June 13, 2014

Jom Kurus Bersama Cinch Shake Shaklee

Teks : Siti Bid

Hari ni saya nk share pasal Cinch Shake Shaklee. Apa yg best sangat dengan Cinch Shake Shaklee ni?

Cinch Shake Shaklee

Cinch Shake adlh HOT PRODUK Shaklee untuk kurus. Minuman Cinch Shake berbeza dengan minuman yang lain kerana ia bukan sahaja mengandungi protein berkualiti tinggi yang akan memberikan kita kenyang yang lebih lama dan lebih puas.

Perbezaan Cinch dengan minuman protein jenama lain ialah, Cinch Shake mempunyai kandungan Leucine yang berfungsi untuk mengekalkan otot yang bebas lemak.

Cinch Mix Shaklee merupakan makanan berzat yg enak utk memelihara otot yg penting dan menjadikan anda merasa kenyang dan menghilangkan berat badan secara optimum.

Kebanyakan diet yg lain menyebabkan kita kehilangan bukan sahaja lemak, malah pada masa yg sama kita kehilangan otot. Sebenarnya otot sgt penting utk membakar lemak dan sebab itulah kadar metabolisme badan semakin menurun.

Apabila diet tidak diteruskan, kadar metabolisme menurun disebabkan kehilangan otot tadi. Maka berat badan akan semakin bertambah. Inilah yg dipanggil YO-YO EFFECT.

Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat:
  • 24 gram protein, 
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 
  • 6 gram serat larut
Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Kebaikan Cinch Shake Shaklee

  1. Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  2. Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  3. Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang.
  4. Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan.
  5. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting.
  6. Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy).
  7. Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle).

Cara Pengambilan Cinch Shake

1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water. Guna shaker. Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement. Nak biasakan badan dengan pengmbilan Cinch Shake sebagai meal replacement. Samada breakfast, lunch atau dinner. Apabila habis 1 canister. Ambil 2 kali sehari.. kesan penurunan lagi cepat..ambil breakfast-lunch, bfast-dinner atau lunch-dinner.

Nota : Pastikan sehari mesti minum air paling sikit 2 liter. Boleh minum air segelas setiap sejam

Sila kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan deep fry serta bergoreng.. Blh guna minyak zaitun sebagai ganti minyak masak utk menumis. Exercise secara berkala dan jangan lupa berdoa kepada Allah untuk menunaikan hasrat dan impian kita.

FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Wednesday, June 11, 2014

Kenapa Perlu Mencuci Makanan Dengan Menggunakan Basic H Shaklee?

Teks : Siti Bid

Tahukah anda? Terdapat bahan kimia merbahaya pada buah, sayur, ikan yang anda makan.
  • Buah-buahan yg kita mkn telah diawet dengan white chemical, yang kelihatan putih & berkilat pada buah anggur, epal dan sebagainya.
  • Ikan yang dibekalkan kepada kita dari Thailand, lndia dsb direndam di dalam ubat mayat yang dinamakan Formalin, supaya tahan lama.
  • Sayur kita ialah sayur yang diselimuti racun serangga yang hebat hinggakan ulat pun tak berani makan. Sebab yang ulat tak makanlah yang mempunyai harga, yang menjadi pilihan kita.

White Chemical yang terdapat pada buah sebelum dibasuh menggunakan Basic H

Bahayakah bahan kimia tersebut terhadap tubuh kita??

Sudah tentu ianya sangat2 merbahaya. Utk menghilangkan bahan kimia tersebut anda boleh cuci dengan menggunakan BASIC H Shaklee.

Sayangi keluarga anda!
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Bagaimanakah Cara Menggunakan Basic H Shaklee Untuk Kegunaan Harian.

Teks : Siti Bid

Amazing sangat Basic H Shaklee ni..! Percayalah.. Tak rugi memiliki Basic H utk kegunaan harian anda. Anda WAJIB memiliki Basic H ni utk kegunaan harian di rumah anda. Jom kita tengok cara menggunakan Basic H ni.

Cara menggunakan Basic H untuk membasuh buah
  1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia - Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit.
  2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet - Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit.
  3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet - Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit.
  4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) - Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak.
  5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya - Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus.
  6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya - Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas.
  7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan - Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai.
  8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya - Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal.
  9. Mengasah pisau - Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam.
  10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya - Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas.
FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Tuesday, June 10, 2014

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H Untuk 1000 Kegunaan

Teks : Siti Bid

Hari ni saya nk share mengenai BASIC H. Ada sapa2 pernah guna Basic H tak? 

Basic H Shaklee

Saya mula kenal dgn Shaklee melalui upline Shaklee saya Atie Kamis. Dialah yg memperkenalkan Basic H kepada saya. Dia menghadiahkan saya sebotol Basic H kepada saya. Pada mulanya saya tak la terpk nk guna Basic H kerana anggapan saya Basic H adalah seperti pencuci biasa. Namun setelah 1st time guna saya sgt2 terkejut kerana apa yg saya sangka selama ini meleset sama sekali. Ianya sangat menakjubkan!

Best tak guna Basic H Shaklee ni? Honestly saya bgtau, 1st time guna Basic H memang amazing sangat. Saya guna utk basuh botol susu anak saya. Kalau ikutkan saya paling tak suka basuh botol susu sebab leceh. Kena basuh elok2, kena guna byk jenis berus utk pastikan botol susu anak betul2 bersih.

TAPI dengan guna Basic H Shaklee, basuh botol susu anak jadi senang dan kotoran cepat tanggal/hilang. Puting susu dan botol susu bersih sangat. Memang puas hati dgn Basic H ni.

Utk ibu2 diluar sana yg ada anak yg masih minum susu botol, saya nasihatkan gunalah Basic H ni utk basuh botol susu. Sangat senang dan selamat bebas dari sebarang bhn kimia.


BASIC H Shaklee merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960. Ianya selamat dan menjimatkan!!

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah.
  1. Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan.
  2. Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah.
  3. Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak.
  4. Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.
  5. Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan


Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. 
  1. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. 
  2. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. 
  3. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. 


Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146

Friday, June 6, 2014

Masalah Keputihan Dan Kesan Terhadap Bayi Dlm Kandungan

Teks : Siti Bid

Masalah Keputihan dikalangan Ibu Hamil sememangnya boleh memberi kesan kepada janin dlm kandungan.


Pengalaman saya sendiri, doc suspect kes pintu rahim/cervix terbuka semasa hamil adalah disebabkan infection/jangkitan. Masa mengandung saya memang mengalami masalah Keputihan yg teruk sejak dari awal kehamilan sehinggakan rasa gatal2. 

Saya ingatkan masalah tu tak la serius dan tak membahayakan baby dlm kandungan malah saya beranggapan ianya hanyalah fenomena biasa. Sehinggalah pada satu ketika saya merasakan ada kesan 'basah' pada pantiliner. Even kt rumah saya hanya pakai kain batik bila duduk lama dan apabila bangun mesti ada kesan basah pada tempat saya duduk tu. Keadaan tu berlarutan sampai beberapa hari sehinggalah pada suatu hari saya berjumpa doc. Jumpa doc sbb masalah selsema. In the same time saya juga mengadu pasal masalah 'basah' tu. Doc nasihatkan supaya jumpa doc Gynae utk periksa kandungan.

Tanpa lengah saya jumpa Gynae. Alangkah terkejutnya bila doc scan pintu rahim sudah terbuka dan kantung baby dh berada pada pintu rahim yg terbuka. Keadaan tu hanya bertahan hanya 2 minggu sahaja dan akhirnya baby lahir pada usia 22 minggu. Umur baby tak panjang hanya bertahan lebih kurang 1 jam selepas dilahirkan.

Kawan saya juga mengalami masalah yg sama seperti saya. Pengakhirannya juga menyedihkan... janin meninggal dlm kandungan. huuhuuhuuh..

Kepada ibu2 hamil diluar sana jgnlah pandang mudah dgn masalah Keputihan ni. Segeralah berjumpa doc anda utk dapatkan rawatan.

Kepada para wanita diluar sana, anda bolehlah berikhtiar dengan Suplemen Keputihan Shaklee.

Masalah Keputihan Pada Wanita dan Cara Mengatasinya

Teks : Siti Bid

Tahukah anda tentang Masalah Keputihan?


Keputihan adalah cairan yang keluar dari vagina. Terdapat 2 jenis Keputihan iaitu normal dan abnormal yang merupakan penyakit. 


Keputihan Normal :
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah jernih, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan Abnormal :
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan kelihatan berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Apakah punca berlakunya Keputihan Abnormal?

Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. Antaranya adalah;
  • Terlalu penat.
  • Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
  • Jangkitan.
Anda mengalami simptom seperti berikut?
  • Rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj.
  • Kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan).
  • Pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi.
  • Mengalami rasa sakit semasa hubungan seks.
  • Sakit masa buang air kecil.
Apa perlu anda buat jika mengalami Keputihan?
  1. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan. 
  2. Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
  3. Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. 
  4. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Atasi masalah Keputihan sebelum terlambat. Jangan menunggu parah baru nak berubat!
Tahukah anda Keputihan boleh berjangkit kepada pasangan anda. Info lanjut

Cara mengatasi masalah Keputihan
  • Ambil makanan seimbang, yang rendah gula.
  • Menjaga kesihatan – tidur yang cukup, bersenam, elakkan tekanan emosi.
  • Menjaga kebersihan secara teratur – kebersihan vagina, memakai pakaian dalam yang bersih dan dari jenis cotton dan kerap mengganti tuala pakai buang.
Bagi yang ingin mencuba produk semulajadi dari Shaklee untuk mengatasi masalah Keputihan, saya cadangkan pengambilan Garlic + Alfalfa Complex + GLA Complex.

Suplemen Keputihan Shaklee

FB : Siti Bid
Call/WhatsApp/SMS : 010 2207131
Shaklee Independent Distributor : 1076146